Sunday, January 1, 2017

Tahun 2017 II Seorang anak dah sekolah pagi..


01.01.17

Pagi ni pengalaman pertama saya sebagai seorang ibu menguruskan anak sekolah pagi. Good luck Aleesya. Dah masuk tahap 2 dah. Awalnya kena sampai sekolah. Sebelum kul 7 gitu. Sebab tu naik Superbike je pergi sekolah. Dah lah sekolah jauh, confirm jammed pula tu kan.


Ayyunie pula kekal sekolah petang. Dah selamat hantar dia tadi kul 12. Siap hantar sampai dewan lagi. Dia pula cakap " tak pe ibu, ibu baliklah dulu".

Hurmmm mana boleh balik adik oii..gap 50 minit nak tunggu kakak awak pula balik. Boring jugalah menunggu. Nak tgk handphone pun kejap2 je boleh sekarang, sebab nanti Daim buat main masuk mulut. Kih kih..


Teman setia ibu hantar adik dan ambil kakak dari sekolah. 

Harini dah 7bulan6hari. Macam2 improvement dan skills dah yang Daim tunjuk.

Tapi yang paling tak sangka dah pandai pegang gelas sendiri dan hisap straw minum air. Berdiri tak nak kita pegang. Agah sungguh! Pastu jatuh terlentang dia boleh suka, kita pula naik gerun. Hobi sekarang main passing2 bola. 

Gigi 2 batang bawah 1 batang atas tu jangan dihulur2 jari masuk mulutnya. Confirm berbekas 3 hari. Hihi..

P/s: Aleesya lepas balik sekolah transit office dulu. Lepas tu hantar ke Sekolah Agama pula. Balik sekolah agama rehat kejap, pastu hantar ke pusat tuisyen pula. Ibu ayah sama penat ngan anak2 kan.

P/s: Semoga anak-anak ibu dan ayah berjaya dunia akhirat.
Post a Comment