Thursday, January 19, 2017

Resepi Creamy Butter Meatball with Salted Egg


Amboi nama resepi bukan main lagi ya.
Selalu org masak butter telur masin ni ketam, udang atau ayam.
Tapi ntah macam mana pula saya boleh termasak resepi ni guna meatball. Sepatutnya pagi semalam nak masak cheezy baked meatball. Tapi tangan ni bolehlah gi prepare barang2 masak butter telur masin ni.

Tapi hasilnya alhamdulillah.. Sedap yang amat. Ecehhh puji diri sendiri pula kan. Dah tu takkan jari saya dan jari Ayyunie sampai kecut2 kami jilatnya. Haha.. Yang kat dalam piring pun licin kami colek-colek kuahnya. Pedas2 pun habis juga. Hihi..

Ok jom kita tgk resepinya:

Bahan-bahannya:

6 biji meatball yang telah digoreng
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
2 sudu butter
Setengah tin susu cair
1 biji telur masin yang telah direbus dan dihancurkan
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
Garam, gula dan perasa mengikut sukatan masing2

Cara membuatnya:

1. Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu butter dan tunggu sehingga cair.
2. Kemudian masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan pula susu cair tadi hingga mengelegak.
4. Kemudian masukkan pula telur masin yang dihancurkan tadi. Dan bolehlah tambah serbuk kunyit, garam, gula dan perasa. Tunggu sehingga kuah pekat.
5. Angkat dan curah diatas meatball tadi.

Walla. PASTI hasil yang memuaskan. Selamat mencuba dan menjilat jari semua..:-)
Post a Comment