Tuesday, July 12, 2016

Daim Muslim's first hotel stay || Gambang Water Park Resort

3 Syawal..
Daim Muslim day 44..
Tarikh dan hari yang akan jadi kenangan..

Bertolak dari KB jam 12 tengahari..
Tapi jam 8 malam baru sampai Kuantan..
Patutnya kalau ikut rekod2 perjalanan kami yang lepas, 8 jam tu dah hampir sampai JB..

Akibat jammed dan stressed yang amat, transit semalaman di Gambang Water Park Resort. Walk in je. Tanpa buat apa2 booking atau reservation. Benda tak plan kan. 

Takut pun ya. Ya lah sebab saya pun baru habis hari. Emosi pun belum stabil lagi. Daim Muslim pula kecil lagi. Dah lah first time bawa Daim jalan jauh ni. Tapi apa2 pun tawakal je kepada Yang Maha Esa.


Tunggu Daim Muslim besar sikit, kita main swimming pool ya dengan kakak2. Sekarang fragile lagi. Takut apa2 yang tak diingini berlaku pula.


Kami stay di Family Deluxe - Arabian Resort. Ada 2 bilik. See, betapa penatnya both Damias. Ayyunie sampai muntah2 dalam kereta. Sebelum tu memang panas2 sikit badannya. Habis baju kotor kena muntah. Aleesya pula sakit perut. Singgah di masjid kat Terengganu, tukar baju mereka dan jamah makanan sedikit, sebelum meneruskan perjalanan.


View dalam bilik both Damias..


Daim Muslim pun mungkin penat juga. Baring lama dalam kereta. So cepat2 mandikan dia dengan air suam dalam sink, bagi susu terus tido. Baru selesa agaknya. Bukan senang bawa baby yang masih fragile ni berjalan jauh. 1001 kemungkinan akan berlaku.

Tapi Alhamdulillah, Daim Muslim well-behaved sangat. Insyallah next time dah besar sikit, kita stay hotel lagi ya.


Mujur kelengkapan semua lengkap disini.
Tak lah stress di saat2 kita memang dah penat dan stress kan. 


KFC yang dibeli utk makan lunch, dibawa makan dinner pula. Budak2 pun jamah sikit je. Banyak lagi tak habis. Saya pun seharian tak makan, tak lalu. Last2 ayah Damia pergi cafe resort beli set nasi ayam penyet dan set nasi tom yam. Barulah selera sikit makan panas2.


Lepas makan, both Damias dah siap mandi, terus tido. Itupun pujuk bagai suruh makan sebelum tido. Ya lah masing2 tak sedap badan agaknya. Pastu nak tido dengan baby pula tu. Makanya tidolah 3 anak dengan ibu bersama.


Keesokannya, lepas sarapan di cafe, terus gerak balik JB. Tu menu org pantang ambil utk makan. 

Walaupun dah 44 hari, tapi saya masih berpantang makan dan lain2 pantang ya. Bukan apa, umur makin meningkat, czer pula tu, daya ketahanan badan mungkin perlukan masa yang lebih lama utk lebih sihat dan cergas. Harap orang terdekat sekeliling saya memahami! Jangan pentingkan diri sendiri!

Pesanan saya kepada ibu2 berpantang di luar sana, dan yang mempunyai baby yang masih fragile, silalah fikir buruk baiknya sebelum buat keputusan untuk berjalan jauh atau balik kampung. Jika ada apa2 masalah, yang meroyannya kita, yang jaga anaknya kita, org luar tengok aje.

Sekian!







Post a Comment