Wednesday, July 27, 2016

Daim Muslim || Beralih bulan


Orang tua-tua cakap, baby kalau beralih bulan adalah tu habit-habit barunya. Fakta ke mitos ni?

Dah 2 hari Daim Muslim skip tidur untuk sesi 7:30 petang hingga 11 malam. Malam tadi kul 12 tengahmalam baru tidur. Nak borak-borak dan kita agah2 main dengan dia je. Kalau kita diam je, mulalah merengek2 manja.

Kakak2 pula rutin balik rumah jam 10 lebih atau 11 malam. Nak suruh sambung borak2 pun kena tunggu kakak2 balik lah ya Daim. Mujurlah kakak2nya sporting layan Daim.



Sajalah tu Daim nak uji ibu boleh berborak berapa patah perkataan kan! Hihi..

Semoga Daim membesar dengan sihat, petah dan cergas. Aaminn.

P/s: Dah pandai buat macam2 suara dan bunyi sekarang. Nyaring pun boleh tahan.. Hihi
Post a Comment