Sabtu lepas bersamaan 16/1/2016, saja saya mengajak ayah damia makan tengahari jauh sikit.
Sebenarnya saya nak makan asam pedas tersohor di Kampung Senibong ni.
Dan kebetulan ayah damia pun nak makan seafood. So planning last minute on.
Kami sampai dalam jam 12:30 tengahari.
Kelihatan banyak kereta memenuhi ruang parking dan juga ramai pelanggan dalam restoran ni.
Hampir 15 minit juga menunggu meja kosong.
Mujur pemandangan yang luas dan tidak membosankan membuatkan kami sekeluarga tak terasa tunggu lamanya meja kosong. Hihi..
Tapi tu lah...ingatkan jam 12 lebih tu lauk ala-carte terutama asam pedas masih banyak lagi. Rupa2nya banyak yang dah habis dan tinggal kuah aje. Mujur ada menu order2 kan. Lagi banyak pilihan.
Masuk-masuk je Kampung Senibong ni dah boleh nampak signboardnya |
Ketam nipah segar-segar. Ralit Ayyunie tengok ketam ni gerak-gerak. |
Aneka lauk ala-carte. Yang paling femes adalah asam pedasnya lah. Macam2 jenis ikan ada. |
Sementara tunggu makanan semua sampai, Ayyunie tengok2 ikan todak dalam air dan juga bot-bot nelayan. |
Cute peace dari saya.. |
Peace versi nampak gigi pula.. Aleesya juga yang control cun. |
Kari Kerapu. Ni ala-carte. Memang sedap. |
Air asam boi. Satu jug terus order.. Memang ngam2 untuk kami 4 beranak. Memang kaw air asam boi ni.. |
Ni pun sedap. Daging goreng kunyit. Memang garing dan lembut dagingnya. |
Telur dadar macam biasalah rasanya kan...hihi.. |
Yeayy...semua makanan dah sampai.. So bolehlah kita makan.. Bismillah.. |
Kalini tak dapat try asam pedas yang tersohor tu. So next time kita datang lagi ya. Insyallah... |
Nanti uolss bolehlah try makan tengahari kat sini pula ya.
Untuk makan malam pun ada. Lagi havoc dan meriah uolllss..
p/s: Total lunch haritu adalah RM105. Untuk ketam sahaja 2 ekor RM58. Kalau nak makan pakej2 yang dsiediakan pun ada. Lagi jimat dan berbaloi...
No comments:
Post a Comment