Sunday, January 3, 2016

Gembiranya saya anak-anak sekolah sesi sama

Jangan tertukar mana kakak mana adik ya...;-)

Alhamdulillah...
Allah permudahkan urusan saya dan ayah damia tahun ni..
Darjah 1 dan darjah 3 sama-sama sekolah sesi petang..
Buat pertama kalinya sekolah ni darjah 3 sekolah petang..
Sebelum-sebelum ni darjah 3 sesi pagi..

Kalau tak termenung juga saya sorang kena hantar pagi, sorang kena hantar petang..
Ni sekali harung semua...
Sekolah, tuisyen dan mengaji hantar sekaligus...
Memang kembar lagi lah kamu berdua ya..

Allah makbulkan doa kami berdua..
Ya lah persediaan untuk bersalin dan berpantang nanti...
Dan ada baby kecik juga nanti..
Kalau tak jenuh juga nak adjust jadual anak-anak ni kan..
Masa nanti habis tengah jalan je....

Ni pun start harini balik sekolah je naik van dan pergi tuisyen naik van..
Yang lain2, ibu tetap jadi driver kehormat mereka..
Terima kasih Allah..
Anak-anak darjah 1 relax je..ibu bapa yang prihatin lebih ni..;-)
Situasi hantar anak-anak darjah 1 pagi tadi...
So far anak-anak ok je semua..
Mana dah ada yang menangis, yang takut bagai kan..
Cuma adalah 2-3 orang yang menangis2 pabila ibu bapa masing2 meninggalkan mereka..
Teruja masing2 tengok anak masuk darjah 1 kan..
Termasuklah saya dan ayah damia..

Ok habis satu babak tahun ni..
Tunggu Little Khalifah daftar darjah 1 tahun 2023 pula ya..
In Sha Allah..
Post a Comment