Wednesday, May 20, 2020

Resepi Bombolini Donut Berkrim Kastard


First time buat Bombolini Donut ni..
Banyak juga step nak kena ikut dari kneading, freezing dan doughing.
Lepas tu timbang, rounding, proofing dan goreng.
Tunggu sejuk, baru tabur snow powder dan filling inti.
Inti kastard dan chocolate tu buat awal2 lagi simpan dalam peti.
Memang gebu gebas dan penuh inti sampai ke bawah.
Tak macam beli kat sesetengah kedai tu inti secoet je kat atas.


Resepi kastard ni saya ikut dari Kuali Helena.

Bahan-bahan:

1/2 cawan whipping cream
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan2 diatas dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana. Ingat sentiasa kacau agar tidak berketul. Apabila dah agak pekat, masukkan ke dalam piping beg dan biarkan sejuk. Nak masukkan dalam peti ais pun boleh.


Resepi Bombolini ni pula saya ambil dari FB dan saya adjust sikit sebab guna tepung high protein.

Bahan-bahan:

1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar baking powder
2 cawan tepung high protein
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara-caranya:

1. Saya campurkan kesemua bahan dalam bread maker dan guna setting "knead" 8 minit.
2. Kemudian saya letak doh tadi dalam freezer selama 10 minit.
3. Selepas tu saya masukkan semula dalam bread maker dan guna setting "dough" selama 1 jam 15 minit.
4. Keluarkan dari bread maker, dan timbang setiap doh kecil 50 gram.
5. Roundingkan doh tadi dan tunggu proofing selama 45 minit. Bila dah mengembang, bolehlah goreng dengan menggunakan api perlahan.
6. Bila dah masak, bolehlah toskan minyak dan biarkan sejuk betul-betul.
7. Kemudian bolehlah tabur gula icing atau snow powder.
8. Akhir sekali, guna chopstik untuk buat lubang pada bombolini. Saya tak ada chopstick jadi saya guna gunting je. Kemudian bolehlah piping inti kastard dan hias mengikut kreativiti masing2.



Tips: Dah nak dekat2 makan baru tabur gula icing dan piping kastard ya. 
Sebab takut nanti gula tu cair.




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: