Monday, May 14, 2018

Short Vacation & keindahan sunset at 1 Tebrau Suites


Ini betul2 short vacation....
Dan juga short decision.. 
Daim & ayah Damia landed je kat Senai airport (pulang dari mengundi), terus anak dara 2 orang tu memujuk2 ayahnya pergi holiday.. 

Tanpa buang masa, sampai je rumah.. Sementara ayah Damia pergi solat jumaat, kami anak beranak mengemas luggage untuk short vacation kami. 

Tapi ke mana? Hah sudah. Tetiba saya teringat kat IG ada saya follow Penyabong Warisan Resort. Call tanya untuk 3h2m, aduss penuh pula.. Dan memandangkan kami gerak pun dah lewat dalam jam 2 lebih, terus kami decided bercuti dalam area JB je lah.. Tengok Agoda pun tak banyak dah pilihan hotel ketika itu, maka finally kami pilih bercuti di 1 Tebrau Suites.. 

Punyalah ikut Waze nak sampai ke hotel ni, rupa2nya kat Sebelah Mutiara Motor Tebrau je tempatnya. Haha.. Kat belakang hotel tu tempat kami sekeluarga suka makan mee celup... Laaa dekat situ kisahnya.. 

Maka kisah cuti2 pun bermula.. 


Amboi... Masa Daim takda, siap menangis2 lagi Ayyunie Video Call Daim, Aleesya pula sugul je rindu Daim.

Hah! Daim dah balik ni, pakat tak nak jaga pula dah. Naik lembik kakak2nya melayan Daim yang aktif dan suka melompat tu. Siap suruh balik kampung semula. Haha.. 


See, sibuk je nak melompat Daim ni tatkala kakak2nya nak berposing.. 


Luas dan konsep moden. Actually bukan hotel juga ni, tapi ia lebih pada services apartment.. 


Bersih, cantik dan selesa.. 


Cute pula bedroom ni dalam bilik berkaca.. Pabila banyak konsep cermin yang digunakan, maka bilik pun nampak luas juga.. 


Kitchenette yang turut menyediakan basic kitchenware.. 


Selesa sangat untuk kami 5 beranak.. 
Wifi pun dalam laju.. 


Toilet pun bersih. Pintunya boleh akses dari luar atau dari dalam bilik.. 


Us! See, Daim orang ajak bergambar, dia sibuk dengan kerusi beroda dia tu.. Tolak sana tolak sini.. Haha.. 


Kalau ikutkan review dalam Agoda, antara menariknya disini adalah dapat tengok view sunset yang superb dari swimming pool.. Memang tidak syak lagi.. 


Alhamdulillah.. Rezeki dapat menikmati pemandangan sunset dari langit mula berona kemerahan hingga melabuhkan tirainya bersama family tercinta.. 


Cantik sangat view sunset ni.. 


Terasa betapa dekatnya matahari yang hampir terbenam tu dengan kami.. 


Budak paling happy main air.. 


Muka pun keorenan dah dengan pancaran sunset yang hadir. Btw ramai juga orang disini haritu.. 


Happy us! Ayah Damia tak join main pool. So kita paksa dia jadi jurufoto kami.. Hihi.. 


Spending quality time with them! 


Balik je dari pool, Daim terus tidur awal. Al maklumlah jet lagged sebab kul 6 pagi dari KB, pastu transit pula KLIA 2 jam, sampai2 je JB terus bawa gi holiday. Tunggu2 juga Daim kot2 bangun nak gi dinner, last2 ayah damia jalan kaki je ke kedai2 makan kat belakang tu tapau makanan. Don't worry, banyak pilihan restoran makanan Thai dan makanan lain yang ada. Wahhh.. Murah juga set macam ni ya. Hanya RM50 sahaja untuk siakap 3 rasa, sup ekor, kangkunh goreng belacan, sotong goreng tepung, telur dadar dan nasi putih 4.  Rasa pun sedap walaupun pernah makan yang lebih sedap dari tu.. 


Fuhh.. Dah terasa macam makan kat rumah sendiri.. Alhamdulillah.. 


Sebelum check out jam 11 lebih.. 

Btw kat sini tak provide sarapan.. Tapi dont worry, kedai makan banyak. Kami kebetulan bawa maggie dan makanan ringan lain, so pagitu makan itu je lah.. Hihi.. 

Bagi kami, walaupun bercuti hanya 2h1m, tapi ia sungguh berkualiti. Harga semalaman pun berbaloi sangat dengan keluasan dan fasiliti yang disediakan. Cuma kalau boleh kaunter check in tu buat yang lebih proper dan upgrade sikit sebab kaunternya kecil sangat. 

Oh ya, nanti guest akan dapat 2 kad akses ya. 1 kad akses bilik, 1 kad akses untuk car park. Guest juga akan diberi no lot parking mengikut no bilik yang diberi. Tak boleh suka2 parking kereta lah. 

Ok done review short vacation kami. Banyak lagi kisah percutian yang tak sempat nak update ni :-) 



No comments: