Monday, May 28, 2018

Resepi Kerutuk Daging


Siap masak Nasi Tomato, Kerutuk Daging, Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Lada. Harini masak awal dan masak lebih sebab nak menjamu pelajar2 dan staff2 yang tak balik masa berbuka nanti.

RESEPI KERUTUK DAGING

Bahan-bahan (dikisar):

2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 batang serai (diketuk sahaja)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
Sedikit cili kering yang direndam air panas (ikut tahap kepedasan masing2) 
* blend semua bahan2 diatas dengan kuantiti air paras bahan2 sahaja.


Bahan-bahan lain:

750g daging yang dipotong buku tebal
Berapa biji kentang
Kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
3 sudu besar rempah kerutub Kelantan (yang timbang) 
1/2 tin susu sejat (ganti santan) 
1 cawan air kosong
2 sudu besar kerisik
Asam keping
Sedikit gula melaka
Garam, gula dan perasa


Cara-caranya:

1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih dan biji pelaga dalam minyak yang panas. Lepaa dah naik bau, masukkan pula bahan2 yang dikisar beserta serai yang diketuk tadi. 
2. Pabila dah garing, masukkan pula rempah kerutuk yang digaul dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak. (tak pecah minyak tak sedap dan tak cantik 😉) .
3. Dah pecah minyak, masukkan pula daging dan air tadi. Gaul sehingga sebati (masak dalam pressure cooker dan setting 15 minit untuk empukkan daging). 
4. Buka penutup pressure cooker. Masukkan 1/2 tin susu sejat tadi. Masukkan juga kentang yang dipotong 4, asam keping, gula melaka, kerisik, gula, garam dan perasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah hampir kering. (Kalau guna pressure cooker, tekan balik setting "rice" untuk keringkan air selama 12 minit).
5. Siap 😇. Selamat mencuba!


#iftarday11 #kerutukdaging #ramadan2018

No comments: