Saturday, May 19, 2018

Resepi Solok Lada


Salam Ramadan Kareem semua.. 
Tengah fikir nak masak menu apa ke berbuka nanti? Sindrom mak2 dan isteri2 kan.. Bikin pening nak masak apa iftar dan sahur nanti.. 


Ni menu iftar 1 ramadan haritu.. Nasi Kerabu.. Since saya ada upload video buat solok lada kat media sosial, ada pula yang request buat full video Nasi Kerabu ni. Kita upload full picture Nasi Kerabu pun boleh lah ya.. Nampak mudah buat nasi kerabu ni, tapi makan masa juga sebab banyak aksesori lauk yang nak disediakan. Tapi puas hati lah bila buat sendiri.. Dapat makan solok lada dan daging bakar banyak2.. 

Ok lah jom kita tengok resepi solok lada cara saya. 


Resepi solok lada cara saya:

Tumbuk 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, sedikit halia, sedikit lada hitam, 1 biji telur mentah, seekor ikan kembung separa rebus dan nyor putih sebanyak 5 sudu besar hingga sebati. Jangan lupa masukkan garam dan gula juga tau! Pastu gaul sampai rata. 

Lepas tu belah tengah lada hijau dan buang bijinya didalam. Sumbat semua bahan yang ditumbuk tadi secantik rupa. 

 Cara masak boleh juga kukus lada tu guna pengukus. Tapi saya lagi suka susun dalam kuali dan masak bersama sedikit santan pekat.

Dah masak, semerbak bau solok lada kat dapur. 

Berkongsi resepi juga merupakan satu sedekah. Apatah lagi bulan Ramadan kan.

Selamat berbuka nanti kepada semua yang berpuasa.


Post a Comment