Tuesday, May 22, 2018

Resepi Singgang Daging


Setahun adalah 1-2 kali je masak singgang ni sebab bukan menu favourite suami (walaupun saya suka), sebab tu jarang2 masak menu ni.

Tapi kalau dah sahur, sekali sekala masak menu ni pun ok juga. Hirup kuah panas2.. Sebenarnya suami tak berapa nak makan, tapi saya dah standby ayat " jangan mengkufuri nikmat Allah bang, nanti Allah tarik nikmat rasa tu baru tau".. Hahaha.. 

Akhirnya dia makan juga lah dengan lauk2 lain..kiki.. Kata baru dengar tazkirah Ustaz tentang ciri2 orang mengkufuri nikmat kan..hahaha.. 

Ok resepi Daging Singgang cara saya:

200g Daging dihiris nipis
Beberapa keping asam keping
Lengkuas yang dihiris
2 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
Sedikit biji ketumbar yang ditumbuk
Cili kering yang dipotong dan direndam air panas (nak pedas bubuh banyak2) 
Garam & perasa

Rebus je semua bahan2 diatas sehingga daging empuk. Waktu afdal untuk dimasak, kalau nak makan sahur, malam ni dah masak. Sebab singgang ni makin lama makin sedap rasanya.

Selamat mencuba! 

P/s: Kalau nak tambah budu sikit pun boleh juga dalam kuah tu.. Katanya lebih lemak2 gitu.. 
Post a Comment