Sunday, May 20, 2018

Resepi Creamy Butter Prawn


Sehari sebelum puasa, buat pot luck di office sempena nak menyambut Ramadan Kareem.. Walaupun masing2 sibuk siapkan tempahan coklat Hari Guru haritu, tapi sempat curi2 masa sikit buat makan2. Lepas makan masing2 macam lipas kudung sambung siapkan stok.. .. 

Tapi walaupun pot luck, me tetap gigih masak kat office...sap sap soi terus siap 15 minit masak ni... Bukan apa... Takut nanti masak awal2, udang dah tak fresh dan creamy pun muak nanti sebab dah sejuk kan..And finally licin uolsss... Alhamdulillah..


CREAMY BUTTER PRAWN

Bahan-bahannya:


3 sudu minyak masak
3 sudu butter
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang holland dicincang
8 biji cili padi dipotong
3 tangkai daun kari
1 tin susu sejat
2 sudu tepung jagung
1/2 kilo udang
1 kuntum besar brokoli di potong
Garam, gula dan perasa secukupnya..

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak masak. Kemudian masukkan butter dan tunggu sehingga cair.
2. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.
3. Masukkan pula 1 tin susu sejat. Bila dah mendidih masukkan pula udang dan masak sehingga kekuningan.
4. Kemudian masukkan brokoli. Kacau sehingga rata.
5. Masukkan pula garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Siap!

Selamat mencuba.. 

No comments: