Thursday, May 31, 2018

Ragam Aleesya & Ayyunie buat biskut raya pertama 2018


Cerita hujung minggu lepas.. 
Anak-anak dah habis exam..
Anak-anak request nak buat kuih raya..
Bila ibu tanya nak buat kuih apa..
Terus diaorg cakap kuih famous amous.. 

Tu biskut lah adik kakak..
Bukan kuih..
Adik kata biskut pun biskut lah.. Janji sedap.. 

Memang diaorg ni pantang jumpa famous amous depan mata.. Kalau ibu tak nak beli, diaorg sanggup cakap "alaaaa.. Kitaorg beli dengan duit sendiri" 😁.. 

Maka ibu pakai tudung cepat2 gi cari bahan2 kat kedai. Korang duduk rumah jaga Daim elok2.. Nak sangat buat biskut kan.. 😂.. 


Fuhh tekun dan bersungguh masing2 ya! 


Yes! Finally.... 

Mereka berjaya buat biskut Double Chocolate Chips & nuts..

Rupa dan bau dah hampir sama macam famous amos punya.. Cuma famous amos lagi gelap 🌚.. 

Ibu hanya bagi arahan dan ajar first step sahaja, selebihnya 2 beradik ni yang buat sampai habis. Sambil buat, sambil gaduh 🤦‍♀️ 

Opss.. Adik kecundang di tengah jalan masa buat sebab tak tahan bau semerbak dan gentelannya ada kecik ada besar. So kakak yang buat sampai ke titisan terakhir. Begitulah melayan kerenah 2 beradik yang excited nak buat kuih raya sendiri.

Lepas tu, adik dah susun2 biskut dalam balang, kakaknya curah balik sebab adik tak susun elok2. So gaduh, dan adik naik atas main dengan Daim. Aigoss😅.. 

Sudahnya ibu pujuk adik tolong  di dapur utk masak berbuka pula. Baru muka ada senyumm.. Begitulah ragam si #damiaayyunie dan #damiaaleesya buat kuih raya.


Tengok tu si adik, sempat lagi bergurau suapkan biskut kat kakaknya puasa2 ni.. Adess.. Haha..

P/s: Korang dah banyak ke buat kuih raya?

Tuesday, May 29, 2018

Resepi Nasi Ayam beserta Sos Lada dan Ayam Goreng Perap



Orang kata sedapnya Nasi Lemak terletak pada lemaknya nasi tu serta sambalnya.

Kalau Nasi Ayam?

Bagi saya semestinya sedapnya itu terletak pada ayamnya yang garing tapi juicy dan juga sos lada tu. Kalau 2-2 ni tak sedap, memang tak kick lah makan Nasi Ayam ...

Ok resepi penuh boleh tengok dalam video ya.

Tq. Happy watching!



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, May 28, 2018

Resepi Kerutuk Daging


Siap masak Nasi Tomato, Kerutuk Daging, Ayam Goreng Kunyit dan Sambal Lada. Harini masak awal dan masak lebih sebab nak menjamu pelajar2 dan staff2 yang tak balik masa berbuka nanti.

RESEPI KERUTUK DAGING

Bahan-bahan (dikisar):

2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 batang serai (diketuk sahaja)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
Sedikit cili kering yang direndam air panas (ikut tahap kepedasan masing2) 
* blend semua bahan2 diatas dengan kuantiti air paras bahan2 sahaja.


Bahan-bahan lain:

750g daging yang dipotong buku tebal
Berapa biji kentang
Kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
3 sudu besar rempah kerutub Kelantan (yang timbang) 
1/2 tin susu sejat (ganti santan) 
1 cawan air kosong
2 sudu besar kerisik
Asam keping
Sedikit gula melaka
Garam, gula dan perasa


Cara-caranya:

1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih dan biji pelaga dalam minyak yang panas. Lepaa dah naik bau, masukkan pula bahan2 yang dikisar beserta serai yang diketuk tadi. 
2. Pabila dah garing, masukkan pula rempah kerutuk yang digaul dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak. (tak pecah minyak tak sedap dan tak cantik 😉) .
3. Dah pecah minyak, masukkan pula daging dan air tadi. Gaul sehingga sebati (masak dalam pressure cooker dan setting 15 minit untuk empukkan daging). 
4. Buka penutup pressure cooker. Masukkan 1/2 tin susu sejat tadi. Masukkan juga kentang yang dipotong 4, asam keping, gula melaka, kerisik, gula, garam dan perasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah hampir kering. (Kalau guna pressure cooker, tekan balik setting "rice" untuk keringkan air selama 12 minit).
5. Siap 😇. Selamat mencuba!


#iftarday11 #kerutukdaging #ramadan2018

Sunday, May 27, 2018

Happy 2nd birthday Daim Muslim



26.05.16 - 26.05.18

Pejam celik pejam celik..
Kelek ke sana kelek ke sini...
Tup tup sedar tak sedar..
Genap sudah usia Daim 2 tahun..

Happy 2nd birthday Daim Muslim Bin Khairuddin

Berikanlah dia keselamatan dunia & akhirat.
Kurniakanlah dia ilmu, iman dan amal secukupnya.
Perindahkanlah akhlak dia.
Berikanlah kejayaan kepada dia.
 Aaamin..

#daimmuslim #daimmuslimturns2 #ramadan2018

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 23, 2018

Resepi penuh Kepah Masak Butter/ Creamy Butter Clam


Selalu masak butter ni guna udang atau ketam je..tapi kalini kita guna kepah pula...best juga! Rasa lemak2 dia tu terangkat. Resepi penuh dalam video ya. Selamat mencuba!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, May 22, 2018

Resepi Singgang Daging


Setahun adalah 1-2 kali je masak singgang ni sebab bukan menu favourite suami (walaupun saya suka), sebab tu jarang2 masak menu ni.

Tapi kalau dah sahur, sekali sekala masak menu ni pun ok juga. Hirup kuah panas2.. Sebenarnya suami tak berapa nak makan, tapi saya dah standby ayat " jangan mengkufuri nikmat Allah bang, nanti Allah tarik nikmat rasa tu baru tau".. Hahaha.. 

Akhirnya dia makan juga lah dengan lauk2 lain..kiki.. Kata baru dengar tazkirah Ustaz tentang ciri2 orang mengkufuri nikmat kan..hahaha.. 

Ok resepi Daging Singgang cara saya:

200g Daging dihiris nipis
Beberapa keping asam keping
Lengkuas yang dihiris
2 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
Sedikit biji ketumbar yang ditumbuk
Cili kering yang dipotong dan direndam air panas (nak pedas bubuh banyak2) 
Garam & perasa

Rebus je semua bahan2 diatas sehingga daging empuk. Waktu afdal untuk dimasak, kalau nak makan sahur, malam ni dah masak. Sebab singgang ni makin lama makin sedap rasanya.

Selamat mencuba! 

P/s: Kalau nak tambah budu sikit pun boleh juga dalam kuah tu.. Katanya lebih lemak2 gitu.. 

Sunday, May 20, 2018

Resepi Creamy Butter Prawn


Sehari sebelum puasa, buat pot luck di office sempena nak menyambut Ramadan Kareem.. Walaupun masing2 sibuk siapkan tempahan coklat Hari Guru haritu, tapi sempat curi2 masa sikit buat makan2. Lepas makan masing2 macam lipas kudung sambung siapkan stok.. .. 

Tapi walaupun pot luck, me tetap gigih masak kat office...sap sap soi terus siap 15 minit masak ni... Bukan apa... Takut nanti masak awal2, udang dah tak fresh dan creamy pun muak nanti sebab dah sejuk kan..And finally licin uolsss... Alhamdulillah..


CREAMY BUTTER PRAWN

Bahan-bahannya:


3 sudu minyak masak
3 sudu butter
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang holland dicincang
8 biji cili padi dipotong
3 tangkai daun kari
1 tin susu sejat
2 sudu tepung jagung
1/2 kilo udang
1 kuntum besar brokoli di potong
Garam, gula dan perasa secukupnya..

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak masak. Kemudian masukkan butter dan tunggu sehingga cair.
2. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.
3. Masukkan pula 1 tin susu sejat. Bila dah mendidih masukkan pula udang dan masak sehingga kekuningan.
4. Kemudian masukkan brokoli. Kacau sehingga rata.
5. Masukkan pula garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Siap!

Selamat mencuba.. 

Saturday, May 19, 2018

Resepi Solok Lada


Salam Ramadan Kareem semua.. 
Tengah fikir nak masak menu apa ke berbuka nanti? Sindrom mak2 dan isteri2 kan.. Bikin pening nak masak apa iftar dan sahur nanti.. 


Ni menu iftar 1 ramadan haritu.. Nasi Kerabu.. Since saya ada upload video buat solok lada kat media sosial, ada pula yang request buat full video Nasi Kerabu ni. Kita upload full picture Nasi Kerabu pun boleh lah ya.. Nampak mudah buat nasi kerabu ni, tapi makan masa juga sebab banyak aksesori lauk yang nak disediakan. Tapi puas hati lah bila buat sendiri.. Dapat makan solok lada dan daging bakar banyak2.. 

Ok lah jom kita tengok resepi solok lada cara saya. 


Resepi solok lada cara saya:

Tumbuk 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, sedikit halia, sedikit lada hitam, 1 biji telur mentah, seekor ikan kembung separa rebus dan nyor putih sebanyak 5 sudu besar hingga sebati. Jangan lupa masukkan garam dan gula juga tau! Pastu gaul sampai rata. 

Lepas tu belah tengah lada hijau dan buang bijinya didalam. Sumbat semua bahan yang ditumbuk tadi secantik rupa. 

 Cara masak boleh juga kukus lada tu guna pengukus. Tapi saya lagi suka susun dalam kuali dan masak bersama sedikit santan pekat.

Dah masak, semerbak bau solok lada kat dapur. 

Berkongsi resepi juga merupakan satu sedekah. Apatah lagi bulan Ramadan kan.

Selamat berbuka nanti kepada semua yang berpuasa.


Thursday, May 17, 2018

Malam pertama Terawikh 2018


First time bawa Daim pergi solat Tarawikh, dia pergi kumpul kekatu buat main pula dah. Pastu siap penyet kekatu dan takutkan kat orang tengah solat sambil cakap "eeeee, eeeee"... 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️.. 

Tak tahu nak marah atau nak ketawa sebab sel sel dia berhubung sangat pesat.. 🤣🤣🤣 

Salam Ramadan Al Kareem semua.. 


Semoga Ramadan kalini menjadikan kita insan terbaik disisi Allah.. 

Aaaminn.. 

Monday, May 14, 2018

Short Vacation & keindahan sunset at 1 Tebrau Suites


Ini betul2 short vacation....
Dan juga short decision.. 
Daim & ayah Damia landed je kat Senai airport (pulang dari mengundi), terus anak dara 2 orang tu memujuk2 ayahnya pergi holiday.. 

Tanpa buang masa, sampai je rumah.. Sementara ayah Damia pergi solat jumaat, kami anak beranak mengemas luggage untuk short vacation kami. 

Tapi ke mana? Hah sudah. Tetiba saya teringat kat IG ada saya follow Penyabong Warisan Resort. Call tanya untuk 3h2m, aduss penuh pula.. Dan memandangkan kami gerak pun dah lewat dalam jam 2 lebih, terus kami decided bercuti dalam area JB je lah.. Tengok Agoda pun tak banyak dah pilihan hotel ketika itu, maka finally kami pilih bercuti di 1 Tebrau Suites.. 

Punyalah ikut Waze nak sampai ke hotel ni, rupa2nya kat Sebelah Mutiara Motor Tebrau je tempatnya. Haha.. Kat belakang hotel tu tempat kami sekeluarga suka makan mee celup... Laaa dekat situ kisahnya.. 

Maka kisah cuti2 pun bermula.. 


Amboi... Masa Daim takda, siap menangis2 lagi Ayyunie Video Call Daim, Aleesya pula sugul je rindu Daim.

Hah! Daim dah balik ni, pakat tak nak jaga pula dah. Naik lembik kakak2nya melayan Daim yang aktif dan suka melompat tu. Siap suruh balik kampung semula. Haha.. 


See, sibuk je nak melompat Daim ni tatkala kakak2nya nak berposing.. 


Luas dan konsep moden. Actually bukan hotel juga ni, tapi ia lebih pada services apartment.. 


Bersih, cantik dan selesa.. 


Cute pula bedroom ni dalam bilik berkaca.. Pabila banyak konsep cermin yang digunakan, maka bilik pun nampak luas juga.. 


Kitchenette yang turut menyediakan basic kitchenware.. 


Selesa sangat untuk kami 5 beranak.. 
Wifi pun dalam laju.. 


Toilet pun bersih. Pintunya boleh akses dari luar atau dari dalam bilik.. 


Us! See, Daim orang ajak bergambar, dia sibuk dengan kerusi beroda dia tu.. Tolak sana tolak sini.. Haha.. 


Kalau ikutkan review dalam Agoda, antara menariknya disini adalah dapat tengok view sunset yang superb dari swimming pool.. Memang tidak syak lagi.. 


Alhamdulillah.. Rezeki dapat menikmati pemandangan sunset dari langit mula berona kemerahan hingga melabuhkan tirainya bersama family tercinta.. 


Cantik sangat view sunset ni.. 


Terasa betapa dekatnya matahari yang hampir terbenam tu dengan kami.. 


Budak paling happy main air.. 


Muka pun keorenan dah dengan pancaran sunset yang hadir. Btw ramai juga orang disini haritu.. 


Happy us! Ayah Damia tak join main pool. So kita paksa dia jadi jurufoto kami.. Hihi.. 


Spending quality time with them! 


Balik je dari pool, Daim terus tidur awal. Al maklumlah jet lagged sebab kul 6 pagi dari KB, pastu transit pula KLIA 2 jam, sampai2 je JB terus bawa gi holiday. Tunggu2 juga Daim kot2 bangun nak gi dinner, last2 ayah damia jalan kaki je ke kedai2 makan kat belakang tu tapau makanan. Don't worry, banyak pilihan restoran makanan Thai dan makanan lain yang ada. Wahhh.. Murah juga set macam ni ya. Hanya RM50 sahaja untuk siakap 3 rasa, sup ekor, kangkunh goreng belacan, sotong goreng tepung, telur dadar dan nasi putih 4.  Rasa pun sedap walaupun pernah makan yang lebih sedap dari tu.. 


Fuhh.. Dah terasa macam makan kat rumah sendiri.. Alhamdulillah.. 


Sebelum check out jam 11 lebih.. 

Btw kat sini tak provide sarapan.. Tapi dont worry, kedai makan banyak. Kami kebetulan bawa maggie dan makanan ringan lain, so pagitu makan itu je lah.. Hihi.. 

Bagi kami, walaupun bercuti hanya 2h1m, tapi ia sungguh berkualiti. Harga semalaman pun berbaloi sangat dengan keluasan dan fasiliti yang disediakan. Cuma kalau boleh kaunter check in tu buat yang lebih proper dan upgrade sikit sebab kaunternya kecil sangat. 

Oh ya, nanti guest akan dapat 2 kad akses ya. 1 kad akses bilik, 1 kad akses untuk car park. Guest juga akan diberi no lot parking mengikut no bilik yang diberi. Tak boleh suka2 parking kereta lah. 

Ok done review short vacation kami. Banyak lagi kisah percutian yang tak sempat nak update ni :-) 



Wednesday, May 9, 2018

Balik Kelantan mengundi PRU14


Ramai yang dah balik dari mengundi ke?

Daim baru nak balik Kelantan mengundi ni hah (jam 11:20 pagi tadi)..... 5 tahun lagi Daim dah darjah 1. Semoga usaha harini membuahkan hasil yang terbaik untuk dasar pendidikan nanti. Ok lah.. Bye.. 

#kenapaJBtakadadirectflightkeKB
#kenatransitKLpula
#tiketDaimpergioversealagimurahdaribalikKelantan🙄 
#pru14

Gambar2 dibawah ni Ayah Damia whatsapp kat ibu. Almaklumlah yang balik Kelantan ni Daim dan ayahnya sahaja. Ibu tak mengundi kat Kelantan :-) 


JB - Subang
Daim tak naik Air Asia sayang, Daim naik Malindo. Balik JB nanti naik MAS.. 


Wah wah.. Jarang2 selfie dengan ayah ya Daim.. 


Transit di Subang.. 


Amboii.. Makan lagi.. Tapi telur tak kisah masak apa memang feveret Daim.. 


Subang - Kota Bharu

Alhamdulillah.. Safely landed jam 2 lebih tadi.. 


Syukur.. Jam 3 lebih Ayah Damia dah laksana tanggungjawabnya untuk Negara bersama dengan kakak, adik dan ibu ayah Damia.. Eh eh.. Daim nak celup jari mana tu?

Selamat mengundi rakyat Malaysia! 

Monday, May 7, 2018

DAIM pun dah pandai join Edutour


Subjek utama pagini: DAIM

Gambar:


1. Daim jadi abang kawasan suruh pelajar beratur.


2. Siapa nak jawab angkat tangan. Guess what? Daim yang angkat tangan nak jawab soalan.


3. Bila jurufoto suruh Daim "pisss", itulah gayanya paling sporting..


 4. Semua staffs dah fokus melayan Daim. Macam Daim sorang je yang datang Edutour harini.. Haha..


5. Bila kita suruh pelajar buat gaya tadah telinga, Daim pun buat juga.. Tapi macam gaya azan dah..


6. Daim say "hai" pada team CocoDamia..


7. Daim happy dapat join sekali edutour selama 10 minit je. Lepas tu ayahnya datang ambil. Siap berlari masuk balik sebab tak nak balik. Haha.. 

Adakah ini petanda Daim dah makin besar dan bersedia untuk masuk tadika. Kakaknya Ayyunie paling awal masuk tadika 3 tahun. Daim hujung bulan ni masuk 2 tahun. 

Oh My Boy! Cepatnya masa berlalu.. 

Btw Edutour harini adalah dari SK Taman Skudai Baru 2. Enjoy kids!


Wednesday, May 2, 2018

Istana Kelong DYMM Sultan Johor di Pulau Tinggi

Hari ini hari rabu..
Sis nak belanja sesuatu..
Ole-ole dari Pulau Tinggi haritu..
Untuk halwa mata hingga menusuk kalbu..


So how?
So cool rite?



Fuhhh...memang terbaik Istana Kelong ni..
Binaan yang ekslusif di tengah2 laut..
Dikelilingi pula dengan air laut yang jernih menghijau..
Ada petugas khas yang menjaga tempat ni katanya..
Berhadapan tidak jauh dari chalet yang kami stay..

Ok lah uolss tengok je video di atas tu..
Sesambil feeling berada di Maldives Malaysia...;-)

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, May 1, 2018

Staffs CocoDamia bercuti di Maldives Malaysia


Hello hello... 
Apa khabar semua.. 
8 hari tak bersiaran dalam blog ni.. Rindu betul nak membebel disini.. Nak membebel kat IG dan FB feelnya lain membebel kat blog ni.. 

Sebenarnya teramat sibuk dengan Edutour. Hari2 lah ada edutour dari pelbagai sekolah dan tadika. Hari sabtu je cuti. Itupun ada permintaan juga nak buat hari sabtu. Bagi chance lah kami cuti sehari seminggu kan. 

Bagi menghargai penat lelah dan celebrate Hari pekerja staffs CocoDamia, Company telah membawa semua staffs bercuti ke sebuah pulau yang agak terpencil dan masih virgin pada 27hb haritu. Kiranya sambut awal gitu.. GO JB Chocolate pun tutup selama 3 hari dari 27 hingga 29 hb. 30hb semalam beroperasi semula dengan kehadiran Edutour dari SK Kg Waha, Kota Tinggi. Harini tutup ya, dan esok sambung edutour semula direct sampai sehari sebelum cuti Ramadan. 

ALHAMDULILLAH dengan rezeki Allah. Tapi ingat, setiap dlm rezeki kita ada bahagian orang lain. Maka sebaik2nya berkongsi rezeki dengan mereka yang sepatutnya..

Kita tengok gambar teaser dulu ya.. Nanti saya buat full itinerary kat pulau Maldives Malaysia ni.. 


Mula2 sampai.. Harus bergambar kat jeti ni.. 


Cantik bak lukisan pemandangannya.. 


Air laut jernih sangat..


Hidden gems dalam pulau ni.. Ada air terjun.. 

Ok selamat Hari Pekerja semua..
Stay tuned untuk entry coming soon..