Saturday, February 11, 2017

Dining with White Lions


29 Januari 2017

Dining at Simba Hill Gourmet Hall - 
Malaysia first and only dining with White Lions themed restaurant

Tapi White Lions tengah rehat dan tidurlah pula kat atas bukit tu. 
Kalau tak berkeliaran kat tepi cermin tu nak tumpang makan Chicken Grill sama..


Si ayah sedang menerangkan fakta ringkas tentang White Lions di atas meja tu.
Oh ya senarai makanan kat sini harga lebih kurang harga Secret Recipe je...


Eh eh...White Lions tu dah bangunlah...
Tu nak turun bawah exercise dan cari makanan lah tu..


Fuhhh..baik punya landing..
Menurut fakta, White Lions ni akan tidur selama 20 jam..
Memang dasar habitnya gitu kan...
Kalau manusia, dicop pemalas dah tu..hihi..


Suasana dalam Restoran ni..
Besar, luas dan selesa..

Tu hah kat luar tu, punyalah ramai yang mengambil gambar white lions yang bangun dari tidur..
Kami kat dalam ni releks je menyaksikan aksi2 white lions tu..
Kiranya eksklusif gitu...hihi..

Dan White Lions tu lagi nak malam lagi agresif..

Alhamdulillah..dapat juga menimba pengalaman ini..


Post a Comment