Sunday, November 16, 2014

Makan-makan di Dapur Jendela, Bazaar Karat JB

Minggu yang sangat hectic.
Minggu lepas dan minggu ni langsung tak ada cuti.
Hari-hari ke office sana sini.

Kesudahannya untuk menjimatkan masa kita makan di kedai je lah ya.
Lagipun hari weekends. Haruslah hari jalan-jalan cari makan kan.
Kali ini pilihan hati adalah makan di tempat vintage atau old school cafe area2 JB atau bazaar karat.

Mula-mula nak makan kat Pot's Kitchen kat Danga Bay. 
Alaaaaa, parking penuh lah pulak.
Lepas tu terus menghala ke Bazaar Karat, JB.


Wahhh. Dah ada tarikan baru lah kat sini.
Ada persembahan kebudayaan dari Kaum Tiong Hua tak silap.
Sepanjang jalan nak ke Bazaar Karat ada macam-macam tarian dan nyanyian oleh mereka.
Ni ada uncle tu bukan main lagi menyanyi.
Nampak kami jalan depan dia, lagi excited uncle ni nyanyi dan menari.


Lepas tu ada tarian dari remaja-remaja cina pula.
Ramai pula yang menonton sambil rekod tarian mereka.

Lepas tu kami pun jalan lah nak makan di Chaiwalla & CO.
Alamakkk...sekali sampai penuh lah pulak.
So patah balik jalan kaki makan di Dapur Jendela.


First time sampai di Jendela Dapur ni.
Memang style vintage dan old school.
Pernah nampak cafe ni dalam "Rancangan Supper di Mana" yang dihoskan oleh Kaka di TV9.


Antara menu utama disini.
Menu sarapan untuk makan malam.
So klasik kan.
Harga pun reasonable.


Kalau tak nak menu klasik, ada je menu western.
Tepuk perut, tanya selera.


Juice-juice yang terdapat disini.
Air biasa2 pun ada.
Wahhh saya nampak Mango juice (recommended) tu terus saya order.


Klasik sangat.
Sampaikan Aleesya pun ternampak tikus lalu kat atas tu.
 Opssss. Haha..


Banyak piring-piring hitam lama yang menghiasi walls di sini.
Btw cafe ni 2 tingkat ya.
Ayah damia sempat naik ke tingkat atas untuk ke toilet.
Cantik dan memang tempat chills dengan kawan2.


Ok. Candid hasil bidikan Aleesya.


Alang-alang Aleesya nak snap, saya suruh dia snap betul-betul.
Sudahnya ayahnya pula buat muka gitu.
Al-maklum ler, muka kena paksa bergambar.


Selfie curi-curi.


Yeayy. Makanan dah sampai.

Saya order ubi rebus dan sambal tumis.
Ubi tu rasanya disapu marjerin atau susu kot.
Lemak2 berkrim rasanya.
Aleesya pula order french fries.


Nasi kukus ayam berempah serta sambal sotong diorder oleh ayah damia.


Ayyunie pula order bubur nasi.
Perghhhh, kaw kaw pedas sambal tumbuk bilis tu.
Berdesing mulut.
Mujur Ayyunie tak sempat masuk mulut lagi sambal tu.
Last2 makan dengan kicap dan telur asin je bubur tu.


The best mango juice in town taglinenya.
Rasa sedap. Macam rasa mangga muda + kedondong gitu. 
Siap ada asam boi.
Tak kisahlah apa, janji sedap diminum. Hihi

Dan saya perhatikan disini, pengunjung tak putus-putus. 
Orang tu bangun je, pasti ada pengunjung lain yang duduk.
Samalah kami, org sebelum kami bangun je, kami yang duduk.
Lepas tu kami bangun je, dah ada pengunjung lain yang masuk duduk.
Untuk santai-santai dan makan malam yang tak berat, bolehlah cuba ke sini ya.
Oh ya total jumlah keseluruhan makan RM37++.


On the way balik ke kereta, sempat kami duduk2 tengok sekejap tarian poco-poco versi tiong hua kot. Haha....
Layan betul tengok auntie-auntie dan uncle-uncle ni menari.

Lepas tu kami tak terus balik.
Kami ke tempat baru yang banyak2 lampu tu dan singgah Danga Bay untuk melatih both Damia main skate line. Siap naik Choo Choo Train lagi. Tu next entry lah ya.

Alhamdulillah..rezeki tidak pernah salah alamat kan walaupun jauh.
 Jom daftar sebelum 17hb untuk nikmati diskaun yang berbaloi-baloi.
















Post a Comment