First time sampai sini.
Ni pun gara-gara banyak jalan tutup sempena Majlis Persandingan TMJ di bandar JB, maka pilihan tempat makan kali ini songsang ke arah Adda Height pula.
Dah lama tahu pasal kesohoran restoran ni.Tapi ni baru dapat jejakkan kaki.
Fuhh! Mula-mula sampai terkejut juga.
Ya lah, sampai berlayer-layer customer menunggu giliran untuk dapatkan meja.
Sebelum tu sila pastikan kena bagi nama siap-siap kepada si penjaga meja ya.
Kalau tak, jenuhlah tunggu nak makan sampai pagi esok. Hihi.
Alhamdulillah.
Lepas menunggu hampir 15-20 minit, kami pun dapat meja.
Tempat yang kami dapat agak selesa dan sejuk dibawah aircond.
Menu pun just nice untk makan malam ie western food dan light menu.
Kat dalam tu selain dari makan di meja2 biasa, boleh juga makan di kaunter bar ya untuk yang datang 1-2 org sahaja.
Walaupun org agak ramai, tapi tak lama sangatlah tunggu makanan sampai.
Mula2 air yang sampai dulu.
Ayah damia order root beer float.
Saya order air fanta orange. Manakala anak-anak ice lemon tea.
Wowww! Saya suka homemade mushroom soup ni till max.
Sedap bangat.
1 set dengan roti cuma RM6.90 sahaja.
Pilihan anak-anak.
Chicken wings crispy.
5 ketul ni hanya RM9.90 sahaja.
Creamy spagetti untuk Ayyunie.
Sedap rasanya.
Hanya RM6.90 juga.
Dan set quarter BBQ chicken.
RM 12.90.
Portian makanan memang besar. Boleh sharing seisi keluarga utk setiap hidangan.
Harga berpatutan dan sedap.
Recommended.
Alhamdulillah..
Burpp...
Kenyang perut seisi keluarga.
Bagi mereka yang ingin mencuba makanan di Cookies & Ginger ni, boleh lah ke sini dari jam 5 petang hingga 10 malam. Kata kawan saya di FB, kalau tak nak tunggu2, datang terus jam 5. Kalau jam 6 ke atas, memang selalu full house.
Alamat:
107, Jalan Adda 3/1, Taman Adda Height.
No comments:
Post a Comment