Semalam sempat saya dan keluarga meluangkan masa untuk bersama-sama dalam Farewell party SPM 2014 Pusat Bahasa Pelangi yang diadakan di Seoul Garden KSL.
Seoul Garden lagi erkkk?
Haritu di Seoul Garden City Square bersama pelajar2 PT3. Memang Seoul Garden menjadi pilihan kerana selesa, boleh duduk lama dan makan sampai puas hati. Oh ya, malam sebelum tu saya dah makan di Meletop Steambot area rumah saya ni. Memang 2 hari berturut2 lah makan steambot.
Farewell party ni dah dirancang sebulan awal lagi. Masing2 tak sabar nak habiskan SPM dan sama2 celebrate. Walaubagaimanapun, semalam masih ada 3-4 org yang tak habis lagi exam ERT, Sains Pertanian dan Lukisan Kejuruteraan. Semoga kalian suksess ya.
Ayah damia drop saya awal kat KSL bersama anak2 dan 2 pelajar yang menumpang kami. Lepas tu ayah damia gi solat jumaat dan kami apa lagi, jalan2 lah kan. Gambar kat atas tu sementara tunggu pelajar2 lain sampai.
Penyeri Farewell party ni
Bakar-bakar dan rebus-rebus agenda utama. Rata2 memang lapar yang amat. Masing2 simpan perut kosonh sebab nak makan banyak. Hihi..
Tema kami adalah flowercrown dan skirt. Alhamdulillah, semuanya mengikut tema. Saya dan anak2 je tak sempat nak cari flowercrown. Tapi ok lah pakai pin bunga kat tudunh kan. Masih ikut tema apa.
Anak2 saya kalau dah jumpa akak-akak ni memang masuk geng. Makan pun tak nak dah ngan ibu dan ayah.
Masing2 excited makan kat sini. Ya lah kebanyakannya baru first time makan steambot.
Semua happy dapat kumpul2 dan have fun sebegini. Ini pun ada setengah lagi bilangan students yang tak dapat datang.
Acara bergambar wajib ada.
Semua comey-comey!
Memang havoc sungguh uols dalam ni.
Sebelum balik pun wajib bergambar juga kan.
Semoga silaturahim kita tidak berakhir disini sahaja. Lepas ni jumpa cikgu tegur2 tau!
Alolololo... Ayyunie yang kepingin nak pakai flowercrown
1,2,3,4 senyummmm.
Pandai pula tu Ayyunie tiru gaya ibu posing
Cikgu dan keluarga ucapkan Semoga kejayaan dunia akhirat milik kalian semua
******************************************************************************
Ni pula gambar2 dari DSLR of of my student
Candid katanya..
How sweet!
Rifqi satu2nya wakil lelaki yang join event ni. Good boy!
Pelajar2 yang jauh datang tuisyen centre saya.
Nanti lepas ni masing2 dah bawa haluan masing2.
Saya menyampaikan hadiah untuk Anugerah konsisten datang kelas
Anugerah pakaian tercantik
Wat dek je kecoh2 ambil gambar kat cermin.. Hihi..
Nampak tak sapa yang paling ayu dalam cermin tu..:-)
Last but not least!
Cikgu sayang kalian semua.
Nanti one fine day, kita buat reunion ya!
All the best!