Thursday, November 14, 2013

A beautiful Sibling Bonding


Ala-ala photoshoot bawah pokok durian gitu! Jangan buah durian gugur masa the sibling kat bawah pokok tu sudah. Hihi


Buah durian jer betul tu, pokok sebatang jer yang betul.. Yang lain2 tu wallpaper jer. Tapi buah durian memang selambak berbakul2 kat depan tu. Geram geram nak makan. Tapi tak leh makan lagi sebab tu utk pameran Mardi. Tunggu last day baru boleh borong!

Tapi serius yang paling menarik perhatian saya adalah bonding both damias bawah pokok durian tu!


Bonding both damias dengan buah nenas replika ni pula! See!!! Happykan mereka.

P/s: ada masa nanti saya upload gambar2 sepanjang HPPNK di Kuantan ya. Gambar2 kat atas tu masa kami ke Pavillion HPPNK laaa.. Banyak pameran disitu..

Wednesday, November 13, 2013

Gerammmmmmm nak ratah jer!!!


Cantikkan!
Gerammmmmmm nak ratah macam tu je..
Sebab fresh dari ladang..
Pencinta ulam dan sayur mesti gerammmmmm tgk gambar ni kan..
Saya memang peminat setia ulam dan sayur-mayur..

Ni saya snap masa kat HPPNK Kuantan haritu..
Setiap negeri kena ada pameran utk setiap jenis tanaman yg mewakili sumber tanaman bagi negeri tersebut..
Ni kat rumah kelantan.. Subur2 tanamannya.. Nak borong.. Tapi tak boleh sebab kena tunggu hari last lepas habis pameran.. Bye bye lah jawabnya.. Hihi

Tuesday, November 12, 2013

Updated: Sah hujung minggu Johor jatuh pada hari jumaat dan sabtu.


Dari minggu lepas lagi dapat tahu ura-ura pasal ni. Cuma tunggu Sultan Perkenankan utk kali yang selanjutnya sahaja. 





Pabila tanya salah seorang staff saya yang berusia 40-an, kakak tu cakap memang sebelum ni Johor cuti Jumaat dan Sabtu. Tapi rasanya pertengahan 90-an, Johor isytiharkan yang cuti Sabtu dan ahad pula.










So harini dapaf info dari FB Dr Azizan yang sah cuti weekends Johor adalah pada hari jumaat dan sabtu. Whatapps dari kawan2 jabatan kerajaan pun masuk pasal info ni.












Nak mengesahkan lagi, sah FAMA JOHOR turut updated status yang sama. So lepas ni pakat2 lah kita ubah minda dan mentaliti ya yang hari ahad tu bekerja bukan cuti. Hihi..





Nampaknya Kelantan, Terengganu, Kedah dan kini Johor akan berkongsi hari weekends yang sama. 

UPDATED:


Dengan rasminya Cuti hujung minggu Johor pada Hari Jumaat dan Sabtu! Tahniah Johor. Hopefully lepas ni 1 Malaysia juga dapat seragamkan cuti hujung minggu.


P/s: Saya setuju mana2 yang baik dan boleh membawa kita ke arah kebaikan. 





Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur


Malam Kelmarin, berkesempatan bawa staff makan malam kat sini. Yang Ana Ikan Bakar Petai kat Bangi tu dah selalu sangat makan. Staff pun kami pernah bawa mereka makan yang kat Bangi tu. So kalini kita test kesedapan yang kat Tanjung Lumpur pula. 

Habis jer tutup booth Jam 10 malam, terus kami ke sini. Orang agak ramai. Lauk pauk pun dah tinggal sikit jer pilihannnya. Mungkin sebab hari ahad. So org ramai.


Hampir sama je suasana dan kedudukan kat sini dengan yang kat Bangi tu. Ayyunie yg kelaparan start makan dulu dengan lauk sup dan kailan ikan masin beserta telur dadar. Nak tunggu ikan bakar lambat.


Hampir 20 minit baru sampai ikan bakar petai ni. Saya pilih Ikan Cermin. Tapi bakarnya agak kering. Selalu kat Bangi basah2 sikit ikannya.


Ketam masak telur masin. Ketam isi penuh2. Puas hati makan.


Alhamdulillah.. Bersyukur dengan Rezeki daripadaNya. Insyallah ada masa lain hari kita makan kat sini lagi.

P/s: Selamat sampai JB jam 6 petang semalam selepas bertolak balik dari Kuantan jam 1 tengahari. Stok semua habis, tester pun habis, pemplet pun habis, name card pun habis, so kami buat keputusan utk balik JB lah. Walaupun masih berbaki 5 hari lagi event HPPNK kat sana. Lagipun kami baru dapat good news dari pihak FAMA dan otw balik dari kuantan tu, Pejabat Daerah pula call utk mengesahkan good news tu. Alhamdulillah.. So bekerja lah kita sekuatnya utk production kalini ya. Amin amin..



Monday, November 11, 2013

First time beli rumpai laut!


Setiap kali saya join event2 atau karnival usahawan2, pasti akan ada ilmu-ilmu baru atau pendedahan lebih tentang sesuatu produk yang jarang2 kita jumpa di pasaran namun khasiatnya sangatlah berkesan.

Contohnya Minyak Kelapa Dara, rupanya yang dara tu adalah pemprosesannya. Ingatkan mati2 kelapa tu sendiri yang masih dara. Dan baru saya tahu minyak kelapa dara yg asli lebih baik dari yang berbentuk pil. Begitu juga dengan air minuman sarang burung walit, diperbuat dari air liur burung tu sendiri dan macam2 lagi lah produk2 serta ilmu2 baru yg saya dapat.


Antara yang paling memikat hati saya di HPPNK di kuantan ni adalah rumpai laut. Ini bukanlah pertama kali saya tau pasal rumpai laut ni. Kat FB ramai yang jual. Siap jual yang dah siap buat jelly lagi. Masa gi sabah dulu pun ada juga jumpa rumpai laut ni. Bahkan ada ahli keluarga ipar duai saya yang mengamalkan makan rumpai laut ni. Tapi kalini mungkin ilmu yang diterangkan oleh Pihak perikanan Sabah lebih menarik perhatian saya, maka dengan rela hatinya saya beli walaupun sebenarnya terfikir2 "aku makan ke benda ini". Tak pe lah sekurang2nya saya berusaha utk beli dan makan utk dapatkan sesuatu yang baik pada diri saya kan. Hihi

Rumpai laut kat atas tu yang kering bewarna hitam. Bila dah rendam air jadi warna hijau pula. Ini yang lebih mahal sebab hanya terdapat di laut dalam sahaja. Lebih kenyal dan lebih hanyir. Huhu


Antara rumpai2 laut yang ada. Warna pink, purple. Yang warna putih dah biasa tengok. Haish geli juga mula2 pegang. Macam sotong pun ya. Pegang pun dah geli, apatah lagi makan kan. Tak pe, saya akan cuba dan berusaha utk makan dan guna sebaik mungkin. Hihi..


Yang putih tu ramai yang buat kerabu. Kebanyakan oranv Malaysia memang buat kerabu atau jelly jer rumpai laut ni. Hanya org2 jepun dan korea jer makan cam tu sahaja. Ya lah diaorg kan suka makan yang mentah dan separuh masak macam sushi tu.


Yeayyy dapat resepi lagi! Harapnya menjadi lah ya resepi kerabu rumpai laut saya nanti. 

P/s: Siapa pernah try makan rumpai laut cam ni? Cer share sikit cam mana uolss olah dan makan sampai licin. Pleaseeeeee



Sunday, November 10, 2013

CocoDamia 2 kali masuk TV1 semalam

UPDATED: KEESOKAN HARINYA PUN MASUK TV1 LIVE JUGA!!!
SIAP LIVE BETUL2 DEPAN BOOTH COCODAMIA LAGI..
SAYA ADA REKOD. VIDEO BOLEH DITONTON DALAM FB: COKLAT IQ
TERIMA KASIH YA ALLAH
TERIMA KASIH SEMUA!


Saya tahu saya tahu, pagi2 semalam dan harini sure uolss dah menghadap TV menyaksikan majlis pertunangan dan akad nikah Fizo Omar dan Mawar kan. Sambil makan breakfast lagi! Betul tak? Begitu jua saya dan anak2. Hihi.. Ayah damia awal2 dah keluar bersama staffs utk ke booth CocoDamia. Kalau dia ada pun, dia tak berapa nak layan lah cerita2 camtu. Apa2 pun tahniah Fizo dan Mawar. Memang sepadan mereka berdua!

Selain itu, saya juga sebenarnya ternanti2 siaran langsung di TV1 berkenaan dengan program HPPNK di Kuantan ni. Ayah damia cakap, kelmarinnya ada krew TV1 datang shoot kat booth CocoDamia. So dia suruh saya standby depan TV kot2 keluarlah pasal CocoDamia kan.


Ngam2 habis jer saya tgk siaran pertunangan Fizo dan Mawar semalam, terus saya tukar channel TV1. Dan dan Perdana Menteri kita tgh bagi ucapan perasmian. Siap pesan kat Both Damias lagi supaya tgk TV kot2 nampak ayah kan. Haha.. Jenuh lah 2 beradik tu tunggu. Last2 tak nampak juga ayahnya. 


Tiba2 dapat newsfeed kat FB dari student saya, rupa2nya saya dah terlepas slot ayah damia dan CocoDamia. Alahai, lambat sikit jer sebelum ucapan dari Perdana Menteri dimulakan. Tapi dari apa yang diceritakan oleh ayah damia, saya dapat agak dah apa yg keluar kat TV1 tu. Hihi..


Then, tengaharinua ayah damia whatapps saya suruh tgk berita TV1 sebab ada siaran langsung di hadapan betul2 booth CocoDamia di Berita jam 1. Cepat2 lah saya tunggu.


Hah tu, nampak CocoDamia. Bertepul tangan both Damias nampak ayahnya dalam TV. Hihi staff saya kak Nora tengah rancak melayan para pengunjung tu. Jiran usahawam saya adalah Bumi hijau. Ore terengganu tapi bisness dan kilang di Johor. Eh samalah kot ngan kami. Ore kelate tapi business dan kilang di Johor jua. Namun Bumi Hijau dah lamaaaaaaa bertapak di industri ini, sedangkan kami baru setahun   Jagung. Banyak yang kena belajar dari para usahawan yg lebih berpengalaman.


Wah wah staff saya Azhar bukan main glemer lagi. Kat Majalah keluar, kat banner terpampang, kat TV dah berapa kali keluar. Alhamdulillah.. Rezeki bersama kan.


Perdana Menteri yang mengambil kesempatan melawat booth2 Para usahawan. Tapi tak semua booth lah kan.
Mana yang sempat jer kot.  

Apa2 pun terima kasih tak terhingga kepada para blogger, kawan2 FB, pengunjung2 yang tidak dikenali serta rakan2 usahawan yang singgah ke Booth CocoDamia. Insyallah yang beli Coklat IQ CocoDamia tu sama2 kita rasai keberkesanannya dan yang tak beli pun terima kasih juga sudi singgah2. Tetamu kan penbawa rezeki dalam pelbagai bentuk.

Oleh itu, wahai orang-orang kampung sekitar Kuantan dan sewaktu dengannya, marilah ramai2 singgah di booth CocoDamia di Padang MPK2, Kuantan. Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jom ramai2 beramah mesra dan mengetahui kehebatan Coklat IQ-CocoDamia dengan Izinnya. Insyallah. Yakin dengan ketentuan Illahi.

P/s: Masa KUD, cocodamia keluar dalam rancangan Nasi lemak Kopi O di TV9, di HPPNK keluar dalam berita dan siaran Langsung TV1. Alhamdulillah. Mudahnya menjemput rezeki. Semoga saya dan suami istiqamah dalam menyebarkan makanan sunnah melalui Coklat IQ. Amin amin.





Friday, November 8, 2013

Burn tiket Air Asia RM600!

Sebaik-baik perancangan kita, perencanaan daripada Allah lebih baik.

Perancangan Manusia itu Usaha,
Perancangan Allah itu Takdir.


Sepatutnya pagi-pagi ni dah bertolak ke LCCT dari JB utk balik ke Kota Bharu. Tapi apakan daya, terpaksa burn tiket flight.


Booking tiket pun on the spot last week. Ingat kan this weekend kami cuti ke Karnival di Muar, bolehlah balik kampung sekejap sebab ada kenduri akikah newborn adik ayah damia dan dah lama tak jumpa mak, sekali dapat tahu yang event kat Kuantan start this week juga. Ingatkan habis next weekend. 



Ni dah otw ke Kuantan. Bawa naik staffs untuk tolong kat sana. Tak cukup tangan dibuatnya kat sana. Ya lah tempat himpunan usahawan2 dari seluruh negeri di Malaysia. Malam ni ke malam esok Perdana Menteri akan hadir utk rasmikan majlis ini.

Jadi kepada yang bertanyakan kepada saya tempohari samada saya turun padang atau tak di Kuantan ni, hah!!! Jom ramai2 jumpa kat padang MPK Kuantan ya! Saya dah turun ni. Aritu ada juga cakap nak beramah mesra dengan both Damias. Boleh-boleh.. Jom jom..

Selain dari dapat merasa tester coklat IQ, boleh juga team CocoDamia terangkan serba sikit kebaikan coklat ni disamping ceritakan kebaikan Lubanah dalam Coklat ini. So apa lagi Jom turun ramai2..

P/s: Dah otw ke Kuantan ni!

Thursday, November 7, 2013

Rezeki dengan staff di RasaMas..


Jumaat lepas, sebelum ada staffs yang bertolak ke Batu Pahat, sempat ajak mereka makan sama-sama di RasaMas.. Staffs lelaki masa ni semua solat jumaat. So ni kira ladies day out!! Hihi.. Normally pun hari jumaat selalu saya beli breakfast makan sama2 kat office lepas tazkirah dan juga bacaan Yaasin. Tapi kalini kita ubah makan lunch pula.


Syukur Alhamdulillah.. Semoga saya dan suami istiqamah berkongsi rezeki dengan para staff dan juga orang sekeliling yang terdekat dengan kami. Lagipun seorang usahawan takkan berjaya tanpa pekerja-pekerja yang setia dan juga rajin.


Both Damias pun ikut juga. Kan jumaat lepas cuti berganti utk kebanyakan sekolah sempena Deepavali. Alhamdulillah..Syukur dengan Nikmat yang Allah beri kepada kami.

P/s: Rezeki kami, staff RasaMas tersalah letak ais krim dalam minuman kami..katanya "tak pe puan, kami tak charge".. Hihi.. Rezeki yang tak disangka tu kan..




Wednesday, November 6, 2013

Komik terhangat di Pasaran!!!!


Hahahaha...terpengaruh sudahhhh!!!
Orang lain buat kita pun nak buat..
Tapi serius buat komik2 cam ni boleh release tension laa..
Ketawa sorang2 pun boleh...kikiki..

Komik terhangatlah sangat dipasaran kan...
Apa2 pun sekali sekala kehidupan mesti ada ketawa cerianya..
Baru lengkap kehidupan kita..
Jangan leka dan alpa sudahhh..

Yang nak try buat komik2 cam ni, cepat2 install "bitstrips" ya!!!
Hihi

Ceria-ceria sokmo..

P/S: Penat weiiiii!!!



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Team CocoDamia dah on the way ke Kuantan!


Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullillah, team Cocodamia turut serta dalam Karnival yang terbesar ini sempena Hari peladang, penternak & nelayan peringkat kebangsaan. Ini merupakan himpunan para usahawan dari seluruh Negeri berkumpul di bawah satu program dalam rangka mempromosikan produk masing-masing. Satu pengiktirafan oleh pihak FAMA terhadap produk Cocodamia untuk di promosikan di peringkat kebangsaan.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Yang maha pemurah lagi maha berkuasa. Ya Allah izinkanlah penyertaan team cocodamia di Karnival HPPNK yang bermula esok hingga 15/11 ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Mu, izinkanlah niat kami untuk mempromosikan makanan sunnah melalui coklat IQ di permudahkan oleh Mu dan dirahmati oleh Mu. Izinkanlah segala urusan kami, staf kami, rakan niaga kami dan para pelanggan kami di permudahkan oleh Mu. Sesungguhnya kekuasaanMu tiada had batasnya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Amin"

p/s: Bertindih-tindih tarikh ni hah..Minggu ni punya schedule..

JB-Kuantan-JB-KL-KB-KUANTAN-KB-KL-JB-KUANTAN-JB












Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah || Pecutan SPM 2013



Testimoni daripada pelajar Bukan Islam. Alhamdulillah, banyak perubahan kepada pelajar-pelajar saya sejak mereka makan Coklat IQ- CocoDamia secara berterusan. Malah ada yang hilang penyakit migrain juga. Teruma kasih Ya Allah..



Alhamdulillah, ramai juga yang datang kelas Pecutan SPM harini walaupun hari ini cuti Awal Muharram. Semoga usaha kita semua dinilai olehNya. Amin amin..


Monday, November 4, 2013

Uniknya nama Warung


Unikkan!!!
Nama warung Kelentang-kelenting-kelentung...
Macam nama bunyi ketuk2 kuali gitu.. Hihi..
Warung di tepi tambak Pontian..
Saya pun baru tahu tempat ni sebab nak bungkuskan makanan utk staffs..
Not bad harga dan rasanya.
Satey sangat sedap!!!


Lepas ke Pontian, saya ke Batu Pahat pula melawat kawasan empayar Cocodamia diluaskan. Jam 6 petang sampai sana. Jam 2 pagi baru sampai rumah. Memang style org Batu Pahat ya lagi larut malam, lagi ramai yg keluar bersantai di Dataran Batu Pahat tu?

Lepakkkkkk dan penattt sangat malam tadi. Nasib baik ada Osim tolong urut2kan badan...:)


P/s: Hohohoho.. Rabu ni jumpa di Kuantan ya utk program 1 Malaysia! 10 hari team CocoDamia berkampung di Kuantan nanti!!! 

Sunday, November 3, 2013

Alhamdulillah...Umurku masih panjang


Alhamdulillah..
Genap 33 tahun dah saya..
Terima kasih MAK kerana melahirkan saya..
Terima kasih YA ALLAH kerana Engkau aku berada di Bumi ini..
Terima kasih KEHIDUPAN kerana engkau banyak memberi pengalaman-pengalaman yang mendewasakan...
Terima kasih SUAMI dan ANAK-ANAK kerana kami semua melengkapi kehidupan hari demi hari saya...
Terima kasih KAWAN-KAWAN kerana andalah yang menceriakan hidup saya...


33...
Hanyalah sekadar angka..
Yang akan terus bertambah dari tahun ke tahun..

Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan datang, lebih mendewasakan serta mematangkan kehidupan saya utk menguruskan keluarga, rumah tangga, kerja dan segala kehidupan seharian saya.

Dan yang pasti kehidupan dalam Zon Allah juga harus dipertingkatkan dengan lebih baik lagi. Amin amin..

P/s: Seawal pagi dah terima ucapan harijadi live dari suami tersayang di hotel yang dia stay via face-time nun jauh disana. Terima kasih abang. Malam ni jumpa ya..:)

P/s: Malam tadi saya dan both Damias tiba rumah dari Pontian jam 12 malam. Alhamdulillah.. First time drive lewat malam perjalanan jauh dengan anak2 sahaja. Tapi kereta staff ada follow dari belakang... 

Saturday, November 2, 2013

Temui Team Cocodamia di Dataran Batu Pahat dan Dataran Pontian

Cepattttt!!! Esok dah last day!!!
Cepat2 menikmati harga diskaun dan juga merasai tester yang banyakkkkkk kami sediakan.


Temui kami di:

Dataran Batu Pahat dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dan 

Dataran Pontian dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Kata jer 10 malam, tapi semalam team Batu Pahat tutup booth jam 12 malam tau. Ayah damia sampai rumah kul 2 pagi. Fuhhh begitu hebat penangan Cocodamia yang Allah Izinkan. 

Ok semua, jumpa kami di sana dan di sana ya!!!!

Jom Ubah!!!
Dari Coklat biasa kepada coklat bukan sekadar coklat biasa. Sunnah dan lubanah membawa barakah. Insyallah..

Friday, November 1, 2013

Confirm gelak sakan baca entry ini di hari jumaat


Kita tak akan pernah lari dari membuat kesilapan, tetapi kita jangan lari untuk membuat perubahan.

Menjadi muslimah sejati itu payah, menjadi mukminah sejati lagi payah, dan sebenarnya istiqamah itu lagi lagi payah.

Semoga kita semua berubah sedikit demi sedikit utk menjadi muslimah sejati di disi Allah. Insyallah, niat kerana Allah pasti akan dipermudahkan olehNya.

Salam jumaat semua....

P/s: Jangan marah dengan tajuk entry....senyummmmmmm!!!!