Semalam saya balik lambat..
Sebab nak siapkan ratusan corporate gift untuk sebuah company ni..
Sampai rumah pula dalam jam 6 petang.. Alih2 tengok ada org tengah pasang lampu pula..
Mujur ayah damia dah tempah berbuka awal2 kat Nonies Restoran ni..
So dalam jam 6:40 juga baru bertolak dari rumah...
Bukan dekat oooo.. Jauh.. Dengan jammed pula..
Memang berbuka dalam kereta lah dulu..
Sampai kat Nonies Restoran dalam jam 7:30 petang gitu..
Sampai2 je ya ampunnn... Parking semua penuh.. Orang pun ramai sangat2 kat Nonies Restoran tu..
Nak tahu ramai tak ramai..
Siap kena pakai wristband tau..
Hahaha.. First time ni makan buffet kena pakai wristband..
Tapi betul juga.. Kalau dah ramai2 sangat.. Mana tahu siapa dah bayar siapa belum bayar kan..
Kat atas sana semua penuh..
So meja kami kat lorong tengah2 ni..
Tapi ada hikmahnya juga..
Depan meja kami stall kambing bakar..
Belakang kami pula stall ikan bakar..
Memang ini je lah menu yang kami terjah dulu..
Daim pun bukan main lagi suka makan kambing bakar ya..
Tak sempat nak rasa ikan bakar.. Sebab asyik ramai je orang dan kena tunggu pula tu..
Pheww.. Memang ramai2 sangat orgnya..
Last week saya dah call nak tempah makan kat sini.. Ayyunie Aleesya lah yang beria-ia nak sangat makan kat sini.. Tapi full booked. Sampai tak boleh adjust langsung dah nak add on tempat..
Mujur semalam masih ada tempat.. Tu pun pagi lagi dah tempah siap2..ayah damia yang uruskan sebab saya seharian busy dikilang..
Memang ramai yang amat.. Tapi alhamdulillah kami dapat tempat yang selesa dan tak panas..
Lauk pauk seafood semua memang banyak dah habis.. So nak tunggu refill tu agak lama.. Kebetulan kami sampai tu, udang goreng nestum ni baru siap.. So ratah ni dulu..
Memang kebanyakan makanan adalah berasaskan seafood.. Nama pun seafood buffet.. Tu yang anak2 suka datang makan kat sini walaupun bukan bulan Ramadan..
Pulut mangga sampai ambil sorang satu.. Saya je tak sempat nak merasa sebab melayan Daim makan spagetti sedap ya..
Stall buah-buahan dia... Mewah dan meriah..
Lepas tu anak2 dan ayah damia berhenti makan kejap untuk solat maghrib. Surau pula kat depan tu je.. Pastu sambung balik makan..
Lepas tu ayah damia sambung balik solat isyak berjemaah dan terawih berjemaah. Makanya kami pun apa lagi? Makanlah sikit2 apa makanan yang masih ada dan sambil2 snap sana snap sini..
Suka betul ya Daim dapat jalan2..
Pantang nampak kamera, mesti senyum..
Opsss.. Ada pula yang photoboom kat belakang tu.. Tak pe lah buat penyeri.. Hihi..
Dah tak ramai org kat restoran.. Masing2 beransur pulang.. Kami je yang sabar menanti ayah damia habis terawih..
See memang penuh meja kan.. Ni baru area sini je.. Area atas lagi, area tepi laut lagi, area sana lagi.. Haha..
Dah boring sangat tunggu ayahnya habis terawih, mulalah macam2 kerenah anak2 dara.. Habis dililit2 tudung saya hah.. Kih kih..
Wefie.. Alaaa.. Daim pandang apa tu..
See.. Sambil menanti ayah, sempat lagi selfie budak Ayyunie.. Haha..
Pandai selfie guna kamera mirrorless ibu ya..
Dan alhamdulillah.. Jam 9:15, ayah damia pun selesai solat terawih. Wahhh cepat juga 8 rakaat terawih kat sini.. Ayah damia kata sebab bacaan surah lazimnya pendek2 aje..
Btw kalau makan buffet biasa bukan dalam bulan ramadan pun, itu juga harganya.. Tapi puas hati.. Harga sangat berbaloi.. Ni seafood buffet, bukan buffet biasa2 tu.. Kalau awak order ikan siakap seekor masak 3 rasa, memang seekor lah awak dapat..
Ni antara juadah yang disediakan. Alhamdulillah.. Kualiti makanan memang best! Cuma pabila dah ramai2 ni, kuantiti makanan tu harus dijaga.. Agar semua customer dapat merasa...
Alhamdulillah untuk iftar #14ramadan
No comments:
Post a Comment