Saturday, December 17, 2016

Settled 4 kenduri kahwin harini


Ok settled dah 4 tempat makan kenduri harini. Perut kenyang hati senang ya tak? Memang hujung minggu bulan Disember ni penuh dengan aktiviti kenduri kendara je.


Ni tempat kedua majlis kahwin harini. Di Dewan Sri Perdana, Kolej 9 UTM. Ni je yang boleh masuk dalam perut. Sebab rumah pertama (jiran) tadi dah makan nasi dan macam2. Lauk2 semua best! Dengan harapan rumah ketiga dan keempat nanti jangan tengok je kan.


Konon rumah ketiga tadi just makan putu piring dan cendol je. Sekali, adussss... Best2 pula lauk2 kampungnya tu. Siap ada sambal belacan, ulam2 dan ikan kering lagi. Memang makan lagilah jawabnya! Hihi...

Rumah keempat sememangnya minum air je lah kan. Lokasi jarak antara tempat majlis2 pula dekat. Tak sempat nak nasi turun, dah sampai.

Ok lah dengan harapan malam ni tak yah masak apa2 lah ya.. Hihi.. Boleh percaya ke?

No comments: