Friday, December 16, 2016

3 malam, 3 hotel, 3 negeri

Diringkaskan cerita...
Hujung minggu lepas kan cuti panjang..
Pastu hari selasa tu cuti sendiri lagi..
So banyaklah tempat yang sempat kami sekeluarga pergi..


Sabtu pagi lepas subuh ke Port Dickson untuk menghadiri majlis kahwin anak saudara sulung saya.


Lepas asar check-in ke The Guest Hotel & Spa yang hanya 5KM je dari rumah pengantin. Untuk berehat dan melepaskan penat.


Malam pergi semula ke rumah abang saya untuk makan kari kambing berjemaah pula bersama pengantin baru. Hihi..


Esoknya lepas check out dari PD, terus ke KL. Ada misi shopping2 yang perlu diselesaikan. Hihi.. Kami check in di De Palma Ampang pula. Sebuah Islamic Concept hotel..


Malamnya shopping barang2 rumah, aksesori sekolah, keperluan diri dan macam2 lagilah kat The Mines 2. Kebetulan ada sales besar-besaran. Memang best lah..


Banyak shopping ni utk majlis kahwin back to back ni. Esok pun ada 4 majlis kahwin ni. Woww..


Malamnya kami dinner di The Garage KL. Betul2 sebelah Restoran Istana Bambu..


Lepas check-out dari De Palma Ampang, terus ke Bangi.. Shopping barang2 stocks dan raw material di Yumie Bakeries, terus singgah ke Restoran Nasi Mok Su Nab ni makan tengahari. Saya makan Nasi Kak Wok.


Order teh tarik buih. Tapi tak samalaj dengan teh tarik madu yang buih melimpah2 tu..


Lepas tu shopping tudung SofeaRose pula. Selalu beli online je. Kalini puas hati sebab boleh tgk colour real depan mata sendiri. Love the brand sebab material best!


Then ke Bella Ammara pula. Alahai baju yang nak beli dah habis. Kat JB sempat grab sehelai je baju yang suka tu. Pastu habis stock terus. Kat Bangi pun habis. Then terus ke Rayannes design shopping jubah idaman. Tq staffs kat sini yang very helpful dan friendly. Siap jagakan Daim lagi sementara ayah damia dan both Damias makan mee tarik kat sebelah tu.


Yeayy dapat jubah idaman!


Lepas tu singgah PD lagi ambil mak pula bawa ke Johor. Then tetiba otw tu terus hajat nak bawa mak dan anak2 honeymoon kat Gold Coast Melaka. Kami sampai pun dah lewat. Kul 7 baru check in. Tapi yang bestnya boleh main air sampai kul 11 malam uolss.. Hihi..


Dan selasa petang jam 5, barulah kami semua bertolak balik ke JB. Yang bestnya tu, walaupun dah check out jam 1 tengahari, tapi tetap boleh sambung main air lagi. Hurmmm tu yang lambat balik JB.. 

Apa2 pun puas hati dapat happy2 bersama family termasuk mak sekali. Tu gambar makan kat Restoran Singgah Selalu. Sorrylah mak, busy sangat sampai lunch selalu bawa mak makan kedai je. Hihi..












Post a Comment