Monday, December 19, 2016

Islamic Concept Hotel || De Palma Hotel Ampang

Lepas je check out dari Port Dickson, kami terus ke Ampang untuk check-in. Memandangkan hotel yang biasa kami stay iaitu Flamingo Hotel by The Lake penuh, maka kami pun survey dalam Agoda hotel lain yang berdekatan. Tu yang pilih hotel De Palma Ampang ni. Tapi tak tahu pula ia merupakan sebuah hotel yang berkonsepkan islamik.

Kiranya pengalaman pertama juga lah ni stay di hotel yang konsep sebegini selain dari hotel2 di Madinah dan Mekah..


Daim sedang tunggu ayah buat urusan check-in. Btw hotel ni masih ada sisa baki under construction. Utk upgrade keselesaan pelanggan.

Ok jom kita tgk apa yang islamicnya di pandangan mata kasar saya. Oh ya saya ada ternampak juga award Islamic  Concept Hotel dalam rak berkaca yang dipamerkan.


1. Dinding2 setiap aras bilik dihiasi dengan ayat-ayat al-quran. Dan keluar je pintu lift terus dengar alunan bacaan ayat2 al-quran setiap masa. Tenang je rasa.


2. Masuk je bilik, terdampar indah sekeping sejadah yang dilengkapi dengan set telekung solat dan juga kain pelikat. Satu usaha yang diberkati Insyallah. Kerana mungkin ada tetamu yang terlupa bawa telekung dan kain pelikat kan.


3. Complimentary dapat kismis dan kurma 2 biji. Btw kurma tu habis kat Daim je. Selalu hotel yang saya pergi dapat coklat dan snacks. Bagus ni mengamalkanmakanan sunnah. Oh ya depan2 lifts atas meja pun ada kismis2 dan kurma2 ni.


4. Di atas side table, terletak rapi senaskah al-quran, buku yassin dan juga tasbih. Good reminder kepada guest yang kadang2 terlupa atau memang lupa nak bawa semua ni. Terutama yang ada anak2 kecik kan. Saya selalunya memang bawa pen al-quran kalau nak stay hotel atau ke tempat2 baru. Al-maklumlah, baby kecik ni kita kena hati2 juga dengan suasana persekitaran yang mungkin tak serasi.


5. Sehelai nota putih atas katil untuk tazkirah bersama. Bagus! Dapat ilmu baru


6. Takwim ni penting untuk muslim traveller. Walaupun dah ada handphone canggih yang ada apps waktu solat, tapi dengan sekeping kertas  ni mampu menyenangkan pelbagai pihak kan.. Mana lah tahu ada makcik2 atau traveller yang tak ada apps solat. Kan dah menyenangkan banyak pihak.

So itu sahaja review saya. Pasni tak teragak3 dah nak stay hotel sini lagi. Isyallah..




No comments: