Friday, December 9, 2016

Cik Jah dah kahwin.. Yeay!

Cik Jah ni adik kepada ayah damia. Anak ke-6 daripada 8 beradik. Bongsu perempuan. Alhamdulillah. Selamat dah jadi isteri orang ya. 

Jom layan gambar2 sepanjang majlis kahwin Cik Jah. Diabadikan dalam blog ni sebagai kenangan.


30/11/2016
Lepas masjlis solat hajat, malam berinai pula. 2 hari berturut-turut anak2 dara ni berinai.


1/12/16
Malam akad nikah. Posing atas pelamin sebelum bergerak ke masjid.


Wefie ramai2. Dari mertua, ipar duai, biras dan anak2 saudara.


Tunpang bergambar atas pelamin sat.. Pengantin lama ni.. Tapi ada anak baru sorang. Kiki.. Eh mana anak baru tu?


Akad nikah di Masjid Banggol. Good boy sungguh Daim kat belakang tu. Pandai main sorang2. Sampai terbalik kerusi tu. 


Mesti Cik Jah dup dap dup dap kan.. Hihi..


3/12/16
Majlis perkahwinan berlangsung. Aleesya jadi dayang untuk bagi doogift kepada para tetamu. Begitu juga dengan anak2 dara yang lain. Dah macam retis anak ibu make up dan pakai shawl gaya gitu.


Alolololo Ayyunie. Chubby sungguh pipi tu haih! Dah mak pak saudara dia cakap macam Dato' Vida versi kecik. Kih kih.. Qu puteh Qu puteh ya...


Awww.. Handsome boy lah!! Sentiasa ceria dan happy. Alhamdulillah Daim tak takut org. So sapa2 boleh dukung. Janji kenyang susu dan cukup tidur ya. Dan pantang org agah dia. Mesti senyum je.


Org kalut amik gambar pengantin kat pelamin, kita kalut wefie depan cermin ya. Hihi..




Lengkap 1 keluarga. Kecuali 2 anak saudara yang baru daftar belajar diploma dan sorang lagi training bola kat Bukit Jalil.


Tahniah Cik Jah dan suami. Semoga ikatan kekal ke Jannah. 








Post a Comment