Tuesday, December 20, 2016

Kontena 3 tingkat konsep cafe di The Garage KL

Minggu lepas masa ke KL, memang dah aim nak makan di The Garage KL. Sebab minggu2 sebelum tu pergi, full house. Kalau nak makan juga, kena tunggu within 1 hour tu. Tu yang tak jadi makan disini dan terus makan di Restoran Istana Bumbu.

Cafe ni berkonsepkan makan dalam kontena. Buildingnya ada 3 tingkat kontena. Ada juga tempat makan open space. Tingkat bawah sekali ada garaj kereta, barber shop, tempat jual baju dan   ada juga surau ber air-cond serta live performing gitu.


Cafe ni jenis Hipster style. Ramai anak muda yang datang lepak2, TT dan juga dating. Tapi ramai juga family yang bawa baby kecil macam saya makan kat sini. Maksudnya saya ni muda lagi lah kan. Hihi...


Ayyunie order air apa dah namanya ni. Family slurpp tak silap. RM15 1 jar. Kalau belah kelantan panggil air bolokss je ni.. Hihi..


Chicken Grill untuk Ayyunie..


Aleesya order chicken wings.. 


Ini saya punya. Meat ball apa dah namanya. Tapi recommended lah weiii. Sedap sangat. Daging yang dikisar dan diolah sendiri. Rasa daging sungguh2. Rasa lemak2 manis. Tak sama langsung ngan meatball instant yang biasa tu.


Yuhuuuu.. We are happy family. Menu ayah damia paling lambat sampai. Dia order chicken kebab apa dah namanya.. Pun sedap!


Daim makan apa? Hihi.. Sementara tunggu semua makanan sampai, Daim dah selamat tidur. Alhamdulillah.. Dapatlah kami makan dengan tenangnya. 


Hujan renyai2. Sementara tunggu hujan stop kejap (tak stop pun hihi), lepak kat ruangan menunggu ni... Dan paling penting gigih saya dan ayah damia usung stroller Daim naik ke tingkat atas ni untuk makan disini.. Memang semua makan kat atas. 

The Garage KL ni terletak betul2 sebelah MRR2. Kalau dari hotel saya jalan Ampang dekat le. Susah2 cari dalam Waze pun senang. 

Total kos masuk perut kami makan disini adalah RM130++. So sesiapa yang nak makan disini, harap bawa duit lebih sikit lah ya. Hihi..

P/s: Ayah damia, Aleesya dan Ayyunie cakap tandas The Garage ni cantik sangat! 





Post a Comment