Saturday, June 18, 2016

Resepi Akok Kedut paling mudah


Cerita hari ke 11 Ramadan 2016

Lepas gian nak memasak! Walaupun  mak tak bagi masuk dapur untuk memasak :-)

Masuk dapur sebenarnya nak buat PUDING KARAMEL...
Sekali susu segar pula masam..
Aduss.. Apa nak buat dengan bahan2 yang dah di-blend ni?
Terus transform buat AKOK KEDUT!

Lepas sahur malam tu, Ayyunie masuk je dalam bilik ibu, terus cakap "fuhhh sedaplah akok ibu buat, walaupun HODOH, tapi SEDAP SANGAT". ( Standardlah rupa akok kedut bila masa cantiknya.. Kih kih).

Aleesya pula masuk bilik tadi terus cakap " ibu tau tak? Nenek makan akok kedut ibu sampaj JILAT JARI, kakak makan sampai bertambah lagi"..:-)

Alhamdulillah.. Gian yang sangat menjadi!

Gambar akok kedut pula tak sempat snap haihh sebab lepas je masukkan acuan dalam oven terus naik atas (saya berpantang ditingkat atas).

Ni resepi akok kedut saya:

✅ Pati santan -250g
✅ Air - dalam 1 cawan
✅ Telur - 4 biji
✅ Gula melaka - 2 sudu
✅ Gula biasa - 3 sudu
✅ Tepung gandum - 2 sudu
✅ Garam - secubit
✅ Pewarna hijau - setitis je (kalau guna air perahan daun pandan lagi bagus)

Blendkan semua bahan-bahan diatas, tapis dan masukkan dalam acuan (saya guna acuan loyang cupcakes tu), sapu sedikit minyak pada acuan agar tidak melekat). Bakar lebih kurang 20-30 minit pada suhu 270'c (ikut kesesuaian oven masing-masing). Masa bakar tu semerbak dah haihh rumah bau akok kedut. 

Selamat mencuba!


Petang semalam buat akok kedut lagi weiii..
Permintaan dan rayuan dari anak2 serta seisi rumah..

Bereh! Bukan susah pun nak buat. Walaupun dalam pantang, tapi tak renyah  sangat buat kuih ni..

Gambar kat atas tu panas2 lagi keluar dari oven. Tak sabar seisi rumah nak menikmatinya lagi. Nanti makin sejuk makin banyak ler kedutnya. Happy saya dapat sediakan makanan untuk org berpuasa!

Syukur Ya Allah. Moga saya bertambah sihat dan cergas!



Post a Comment