Tuesday, June 28, 2016

Milk Booster beli vs Milk Booster buat sendiri


Suami buat suprised!
Beli susu segar untuk isterinya..
Agar dapat memeriahkan lagi "hak hakiki" Daim Muslim..

Walhal isterinya tak suka pun minum susu segar ni.
Tapi demi mu anak, ibu sanggup picit hidung sambil telan gulp gulp gulp satu nafas.

Btw ayah damia ada je buat milk booster sendiri kat rumah ni. Kurma yang direndam air bersama lubanah dalam 3-4 jam, kemudian blendkan dengan Milo/Horlick (sebab saya tak suka susu). Tapi tak konsisten ler sebab ayah damia tu kan Usahawan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang..:-)... Time ada masa je buatnya.

Produk ni dari usahawan muslim Johor. Ayah damia pernah sama-sama hadir meeting dengan Owner produk ni kat FAMA Selayang masa sama2 nak masukkan produk masing2 dalam Kontena ke Brunei Jun Tahun lepas. Tapi ni hah baru first trial nak try susu segar ni.

Apa-apa pun sokonglah produk Bumiputera ya!

Review:

1. Yang yogurt tu anak2 suka, sekali minum je dah habis sebotol. Nanti nak top up perasa Mango pula.
2. Yang Coffee Latte tu ayah damia kata pahit2 sikit. Tapi rasa dah macam kat Starbuck punya Latte. Haha.. Ya lah kot tu..
3. Saya minum ada rasa lemak2 manis2 manja gitu. Insyallah alah bisa tegal biasa. Hopefully pasni saya dapat minum tanpa picit hidung lagi. Dan niat untuk kebaikan bersama diri saya dan Daim Muslim..


Ni Milk Booster yang ayah damia buat sendiri. Saya nak buat sendiri pun boleh je. Tapi dalam pantang ni, biarlah ayah damia buat semua. Baru dapat ngada2 gitu kan.. Hihi..

Post a Comment