Saturday, June 25, 2016

Daim Muslim || Baby Spa di rumah


Semalam genap usia Daim Muslim 30 hari. Sempena usia 30 hari, ibu hadiahkan Baby Spa untuk Daim Muslim ya. Baby Spa kat rumah je...

Cara saya:

1. Isikan air suam dalam bath tub.
2. Titiskan Essential Oil (Living Young) Lavender.
3. Pakaikan apungan leher pada baby.
4. Baca Bismillah dan selawat banyak2.
5. Perlahan-lahan lepaskan baby dalam bath tub dimulakan dengan kaki dulu.


6. Dan hasilnya??? Wahhhh..bukan main lagi baby happy mengerak2kan kakinya (macam mengayuh) dan menguak2 tangannya dalam air tu dari hujung sana ke hujung sini. Bagus untuk skill motor baby ni. Lagipun apungan leher tu ada bola2 yang berbunyi untuk merangsang deria baby.

Dah siap baby spa dalam air, cam biasa... Sambung dengan Baby Spa teknik urutan pula. Tak dan apa2 terus baby tertidur haihhh... Lagipun Daim Muslim memang suka dengan air dan urut-urut ni, lepas tu confirm mesti tertidur punya. Sampaikan suakan susu pun kadang2 tak nak.

Yang lagi best tu, bukan main lagi kakak2nya merayu nak join sekali dalam bath tub tu. Terutama Ayyunie. Siap tukar baju pakai tuala dah. Tapi ibu tak bagilah. Bukan apa, biar Daim Muslim besar sikit baru boleh swimming ngan kakak2 ya. Takut kakak2nya main air ganas nanti terkena atau terkejut pula Daim Muslim..
Next time ya Aleesya dan Ayyunie...





No comments: