Tuesday, June 21, 2016

Daim Muslim || Day 27


Cepatnya "memanjang" Daim Muslim..

Dah tak muat nak letak melintang dalam buaian sarang burung tu. Kena letak menyenget pula. Tak lama lagi tapak kaki pun dah terjuntai tu. Hihi..

Lagipun bukan selalu letak dalam sarang burung tu, time ibu turun bawah nak makan (kadang-kadang) dan tetamu datang je letak kat situ.!

Tapi Harusssss lah kan...cepat memanjang...
Genetik 173 cm vs 171 cm ni...


Daim Muslim pun dah pandai buat suara "awwww" kalau lepas mandi. Tanda lega dan bestnya lepas mandi kot. Hihi.. Pastu tanpa minum susu, dia terus terlena.


Dan kalau kita tepuk2 tangan dia sambil nyanyi atau selawat, dah pandai senyum-senyum manja. Pasni mesti pandai gelak pula kan. Panggil je nama "Daim Muslim"... Mulalah matanya mencari-cari arah suara kita sambil tersenyum. Alahai sweetnya anak ibu.


Ni pula posisi yang Daim Muslim suka sekarang. Posisi yang menenangkan mungkin bagi dia. Suka meniarap walaupun dia tak boleh meniarap sendiri lagi. Bukan main lagi angkat2 kepala ya. Dah macam usia baby 2 bulan. Padahal baru 27 hari. Hihi...

Ok lah nanti update lagi progress Daim Muslim...Ibu nak mengepam pula ni...

Post a Comment