Wednesday, May 25, 2016

Set Bersalin Afiat


Berpantang kalini saya nak guna Set Bersalin Afiat pula.
Dulu-dulu masa berpantangkan Aleesya dan Ayyunie saya guna set bersalin Mustika Ratu. 
Pun berkesan juga. Kembali ramping seperti anak dara ok.
Cuma lepas balik Umrah pada tahun 2013 sahaja berat badan saya naik sikit demi sikit.
Adalah hikmahnya tu kan..
Kalau tak memang sebelum2 tu ramping dan kurus lah.
Yang penting sihat dalaman dan luaran selepas bersalin.

Kenapa saya memilih Mustika Ratu dan Set Bersalin Afiat?
Kerana saya masih percaya pada bahan2 tradisi yang digunakan seperti akar kayu, jamu dan juga minyak herba. Walaupun sekarang macam2 set bersalin moden yang ada dipasaran dan lebih senang digunakan, tapi saya tetap memilih set bersalin tradisi. Memang banyak kerjalah sikit sebab kena bancuh dengan air, kena rebus dan lain-lain, tapi saya ok je. Mak bidan dan suami ada boleh menolong insyallah.


Pagi semalam Ayyunie tanya 
" Ibu mandi guna sabun apa ni wangi sangat? Satu rumah wangiiiiii...."

Hahahaha

Saya mandi guna Gel mandian pati serai wangi Afiat ni lah.
Baru guna pagi semalam, dah addicted pula setiap kali mandi nak guna gel mandian ni.
Rasanya tak habis pantang dah habis pati gel mandian serai wangi ni. Hihihi..
Saya pergi ke kedai jamu tadi nak beli loose gel pati serai wangi ni, tapi tak ada jual lah pula..
Kena beli set juga. Keluaran lain pun tak ada.


Last2 saya cari dalam IG, jumpa Pati Minyak Serai Wangi keluaran Nawal Beauty ni.
Tak cakap banyak terus saya beli.
Nasib baik seller kerja dekat2 area saya ni je. Terus boleh COD ke office saya.
Ni hah baru sampai. Tak buka kotaknya pun lagi dah wangi..
Hihi..
Tak sabar nak titis dalam bath tub kat rumah ni nanti..
Agaknya sindrom suka bau serai wangi dah ni. Hihi...

Ok lah, doakan saya selamat melahirkan newborn ni ya.
Insyallah sedang menanti saat kelahiran dengan penuh berdebar dah ni.
Semoga Allah permudahkan!
Aaamin..

p/s: Uols guna set berpantang apa? Share-share ler...

p/s: First time juga saya guna set bengkung tali silang V Asia tu. Sebab ada strap kat bawah senang nak buang air dan juga ada tali memberi yang boleh mengikut kesesuaian badan kita. Tungku herba pula kali ni saya cuba brand Jamu Jelita. Nanti saya review ya!




No comments: