Siapa ada pengalaman guna Organic & Natural Baby Wash/ Bath Products?
Yang mana ok ya? Ok disini maksudnya yang sesuai digunakan oleh Newborn yang mempunyai kulit normal. Tak sensitif, tak ada Enczema atau apa2 penyakit kulit lain. Means untuk kegunaan harian from Top to toe.
Ntah kenapa pula untuk baby DM kalini nak gunakan produk2 mandian yang organic dan natural. Natural remedy lah katanya. Hihi.. Mungkin dulu kurang ilmu pasal ni, sekarang dah berilmu sikit..:-)
Aleesya dan Ayyunie pun membesar dengan produk2 Anakku je dulu. Carrie junior adalah sekali sekala. Alhamdulillah ok je. Cuma Ayyunie tu lah kulit sensitif sikit. Kena gigit nyamuk sikit je, tapi merebak2 merahnya. Kalau ada kudis sikit, pantang garu, berdarah pula. So Doktor suggest guna sabun Sebamed tu.
Sejak menang contest barangan Johnsons stok selama 2 tahun pula, hurmmm.. Memang dah jarang sangat beli product2 baby ni. Gunalah apa yang ada tu since both Damias pun dah besar. Sampai sekarang pun tak habis guna product2 yang menang tu. Siap kena buang 1 plastik sebab dah expired dated tau! Tu banyak yang dah sedekah dan jual. Masih banyak lagi kat rumah ni. Huhu..
Oklah, jom tengok Natural dan Organic baby product yang sempat saya kaji.. (Kajilah sangat.. Muahaha)
Berkenan products Joielle ni sebab cantiknya botol2 dia. Wangi pula tu. Haishh ni silap2 ibu ayah yang tumpang guna sekali ni..banyak jumpa kat kedai2 jual barangan baby sahaja product2 ni. Online pun ada macam Lazada dan website Joielle ni..
Product Buds ni pula banyak mendapat rekomen dari ahli2 Farmasi dan jurujual kat kedai2 jual barangan baby tu. Kata mereka products ni memang mendapat pengiktirafan Antarabangsa. Aritu saya masuk kat sebuah kedai jual barangan baby kat Taman U ni pun, jurujual tu suggest guna product ni. Dia kata memang berbaloi dan berkesan.
Saya tahu pasal product Tropika ni pun melalui pembacaan saya dalam Majalah2 bayi dan ibu. Tak silap saya Che Ta dutanya. Ramai kata yang Lavender tu best sangat baunya! Krim Telon dia pun ok. Tak panas sangat. Eh kat rumah saya dah banyak beli minyak telon ni. Semua dari Indonesia. Hihi..
Product Baby Organix ni pula saya tahu masa ternampak kat IG artis mana dah. Daphnieking tak silap (nanti kena check balik). Katanya memang sesuai sangat utk newborn ni. Tapi saya macam tak pernah jumpa pun kat mana2 kedai baby. Tak terperasan kot!
Pigeon Sakura pula saya tahu masa survey2 natural product kat Aeon je. Katanya sesuai untuk newborn. Yang penting bebas dari Paraben (banyak product baby ada Paraben).
So ibu-ibu sekalian, yang mana pilihan kalian. Saya dalam dilema ni nak buat keputusan nak beli yang mana. Alaaaa, mesti uolss cakap sabun baby je kot. Tapi dia punya kusut nak beli yang mana, setiap malam termimpi2. Haha... Dasyat sungguh!
Please advice me!
P/s: Untuk kegunaan saya sendiri saya guna Essential Oil Living Young, Virgin Coconut Oil Living Active dan set mandian Body Shop!
No comments:
Post a Comment