Monday, August 5, 2013

Iftar dengan ex-students 2012

Iftar petang semalam dengan ex-students Pusat Bahasa Pelangi 2012..


Semua ni rancangan mereka. Saya dan keluarga follow ajer. Tatkala pabila semua dah duduk jauh-jauh atas tuntutan belajar, sekali sekala bila berkumpul macam ni, meriah juga. Yang best, mereka turut consume Coklat IQ dan siap jual utk rakan2 mereka di tempat belajar masing2. Alhamdulillah, tak berkesan, pelajar tak repeat order. Semoga kebaikan Coklat IQ- Cocodamia luaskan kebaikannya.


Kami berbuka di Heaven Steambot ajer. Diaorg rancang nak berbuka di Benafe Village pada mulanya, tapi saya pula tak nak jauh2 sebab nak packing baju nak balik raya. So iftar disini mengamit memori kami iftar di sini jugak tahun lepas ramai2..


Full house kat Heaven Steambot ni semalam. Rata2 macam reunion dengan kawan2.


Grill dan steambot. Kuah tom yam menjadi pilihan meja saya..


Kuah sup menjadi pilihan meja budak2 lelaki..


Yeayyy.. Dah nak berbuka..


Lepas solat maghrib di Masjid Pulai Utama secara bergilir2, sambung makan dan sembang-sembang lagi. Banyak yang diceritakan oleh mereka semua sepanjang di "campus life".. Semoga kalian semua berjaya dalam bidang masing2 yang diceburi. Ingat, jauh lagi perjalanan kamu semua!!! Semoga jangan leka dan tidak alpa.

Sesungguhnya terima kasih kerana masih mengingati cikgu yang mengajar kalian semua. Walaupun hanya guru tuisyen, namun ukhwah yang terjalin memang umpama adik beradik memasing. Cg sangat hargainya. 

Sunday, August 4, 2013

Selamat bercuti kepada staff-staff saya!!!


Selamat bercuti kepada semua staff-staff saya di Pusat Bahasa Pelangi, Zarina Ayu Collections dan juga CocoDamia. Gaji semua dah settled semalam ya. Hamper pun dah dapat masing-masing kan. Anda semua diberi cuti tanpa rekod bermula harini. Semoga pekerjaan yang kita tunaikan merupakan satu ibadat kepada kita semua dan khususnya kepada staff-staff saya. 

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin daripada "pelangi network management"!!! Maaf seandainya ada terkasar bahasa atau terkurang terlebih daripada saya dan suami. 

Sesungguhnya kejayaan sesebuah organisani adalah bermula dari para pekerjanya. Kerana tanpa staff yang cemerlang, gemilang dan terbilang, bagaimana sesebuah organisasi hendak membangun! Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kami staff-staff yang tekun dan berdedikasi. 

Jualan Barakah "Coklat IQ - Edisi Hari Raya"

*STICKY POST SEHINGGA 4 OGOS 2013*

Untuk entry terkini, sila scroll ke bawah. Terima kasih semua!!


Jadikan Ramadhan & Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dengan memiliki atau menghadiahkan Coklat IQ edisi hari raya kepada orang sekeliling anda. 

Jom Sahur dan Berbuka dengan Coklat IQ-COCODAMIA!

Insyaallah 
anda dapat MAKANAN SUNNAH
anda dapat BARAKAH, 
anda dapat KHASIAT LUAR BIASA, 
anda MENDERMA
anda BERAMAL, 
anda TAMBAH NILAI kepada orang lain. 

Subhanallah senangnya memperolehi KEBAIKAN

Tawaran istimewa Ramadhan FREE POSTAGE ke seluruh semenanjung Malaysia. (Sabah, Sarawak & Brunei, hanya tambah RM5 sahaja).

Kandungan Coklat IQ-Edisi Hari Raya:
Lubanah, air zam-zam, kismis terapi (ayat-ayat al-quran dan bacaan doa oleh ustaz), kurma, badam, oat, madu, cornflake, bijirin dan coklat.

Setiap RM1 dari pembelian Sekotak Coklat-IQ-Edisi Hari Raya, akan didermakan kepada rumah anak yatim. Jom membeli sambil beramal. 

JOM UBAH COKLAT BIASA KEPADA COKLAT IQ. INGAT 
"KUAT INGATAN, INGAT COCODAMIA"

Untuk pembelian, boleh sms/whatapps:
012-7507659 / 012-7560895

Untuk agen/ pemborong Edisi Raya, emailkan:
cocodamia@yahoo.com




Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, August 3, 2013

From Aloq Setaq with love || Yeayyy langsir raya dah sampai!!!

Bukan orang jer nak beraya ni..
Rumah pun nak beraya juga..
Kereta pun nak beraya juga..
Dapur pun nak beraya juga..
Office pun nak beraya jugakkkk!!!


Alhamdulillah, semalam dah sampai langsir raya saya.. Tempah dengan kakak saya. Masa cuti sekolah haritu kan adik-beradik saya berkumpul ramai2 ngan mak kat PD. Masa tu lah saya bagi ukuran kat kakak saya yang jauh dari Kedah hantar anaknya ke Matrikulasi Kuala Pilah. Hampir 2 bulan tempah dan finally dah sampai ke office saya semalam dengan courier KTM.


Harini baru sempat buka ya. Semalam kotak sampai, staff yang cop dan tandatangan on behalf sebab masa tu saya kat office tuisyen. Pagi tadi gi office CocoDamia pun biarkan dulu kotak2 tu. Dah siap buat coklat IQ utk production lepas raya, baru sempat buka. Wahhh cantik menarik dabommm.. Sama jer warna langsir dengan sebelum ni mesti ada kuning dan gold. Cuma kalini ubah sikit tambah warna coklat sebab perabot kan warna coklat.


Yang day curtain pulak sebelum ni warna peach atau krim. Kalini kasi ubah warna putih. Saya memang 100% serah bulat2 kat kakak saya yang pilih fabrik, design dan juga warna. Cuma saya bagitau konsep sahaja. Alhamdulillah, harap2 fit in dengan rumah saya. Dah beberapa tahun, baru nak tukar langsir baru ya. Tapi kalau day curtain memang dah 2-3 kali tukar. Nigh curtain dan scallop jer baru nak bertukar ni hah.

Apa2 pun setiap kali raya, bukan sahaja duit dihabiskan utk kita kan, banyak lagi aspek2 lain yang perlu difikirkan. Terutamanya kos nak balik dan beraya di kampung. Tak ada 2-3 ribu hengget, memang tak meriahlah raya kan. Siapa yang beraya kampung jauh2 tu, taulah cam mana. Dah tukar duit raya pun seribu hengget, cam mana tu? 

Walaupun mulut dan hati kita sering terucap nak "bersederhana", namun banyak jugak habiskan. Cer kira total uolss keluarkan duit nak raya. Ada org totally keluar sedebuk duit, ada org keluar sikit2 duit tapi ends up banyak juga totallnya kan.

Apa2 terpulang kepada budget masing2 bagaimana berbelanja dengan hemahnya pada raya kali ini. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki agar dapat sama2 menikmati dan berbelanja ke Jalan yang diredhai. Aminnn

Dapat kek lapis packaging cantik dan pizza hut!!!

Kan saya pernah buat entry dapat macam2 makanan daripada students saya..nak2 bulan ramadan ni.. ramai pelajar dan ibu bapa pelajar yang tak putus-putus bagi kami rezeki.. hah malam tadi dapat lagi.. Dicoretkan disini tanda ingatan tulus ikhlas daripada saya..


Dapat kek lapis dalam kotak packaging yang cantik!!! Sayang nak makan.. Hihi.. Tq Akmal dan Afif..


Tq Faiz sebab malam tadi belanja pizza.. 

Pelajar2 saya memang best!!! Kami dah macam abang adik kakak sesama sendiri. Dan bila ukhawah terjalis mesra sebegini, walaupun dah jadi ex-student kami pun masih ramai yang sudi singgah menjengok kami.

P/s: malam tadi ada beberapa ex-student saya dah selamat sampai JB dari tempat belajar masing2.. Diaorg siap rancang nak iftar bersama2 kami.. i follow..

P/s: hari terakhir kerja harini sebelum bercuti raya. Banyak nak kena selesaikan sebelum balik bercuti!!!

Friday, August 2, 2013

Gambar-gambar DSLR || Iftar dan Pemberian Sumbangan anak-anak yatim








Ikhlaskan hati dalam segala perkara,
Jauhkan diri dari sebarang prasangka,
Sunnatullah dan barakah diambil kira,
Insyallah, Allah anugerahkan rezeki yang berganda..


Lebih banyak gambar-gambar dari DSLR di fanpages : Coklat IQ..
Dan lagi-lagi banyak gambar di FB: Pusat Tuisyen Pelangi
Cerita penuh: Di sini!!

p/s: Kes tak sempat nak taip sendiri ayat2, so print screen pun boleh lah ya...:()




~ SEBAK & MENITIS ~ Iftar dan Sumbangan anak-anak Yatim Anjuran Pusat BahasaPelangi dan CocoDamia

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Illahi..
Sempurna jua Majlis yang julung2 kalinya diadakan kerjasama antara Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia..
Tenaga kerja sahaja yang bekerjasama, owner atau pengasasnya tetap orang yang sama..:)


Majlis ini diadakan di Mak Jah Cafe, rumah Alumni UTM pada 29hb Julai yang lepas.
Seawal jam 5 petang lagi, AJK2 yang terlibat telah tiba utk sama2 menjayakan Majlis Iftar dan Sumbangan kepada anak-anak yatim ini.
Sedikit ruang diambil utk dijadikan stage serta tempat pelajar2 mengadakan tadarus al-quran.


Hamper2 sumbangan daripada CocoDamia.
Terima kasih kepada Team CocoDamia yang berusaha menyediakan cenderahati serta hamper2 tersebut.


Cenderahati CocoDamia utk setiap tetamu yang hadir pada malam tu.
Selain makan kurma, boleh jua berbuka dengan Coklat IQ yang kurang manis dan lemaknya ini.
Sangat sesuai utk dibawa travel atau ke mana sahaja.
Oh ya, utk AJK2 sekretariat dan lain2, semuanya adalah terdiri daripada pelajar SPM Pusat Bahasa Pelangi.
Latih mereka supaya tahu macam mana nak buat/ handle event.


Tepat jam 6:30 petang, kumpulan Zikir hati dan Tadarus Al-Quran memulakan acara.


Bersama staff CocoDamia!!!
Meja belakang tu utk staff Pusat Bahasa Pelangi. 
Oh tak sempat bergambar dengan staff Pusat Bahasa Pelangi sebab masa ni ramai yang tak datang lagi.
Tu pun ada staff yang berkeluarga tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu..


Sorang dapat 3 ketul Coklat IQ..
Insyallah semoga Coklat IQ meluaskan kebaikannya kepada masyarakat sekeliling..


Jam 6:45 petang, Pasangan Pengerusi Majlis memulakan majlis.
Padan betul ya Matthew (non-muslim) ngan Fatin ni..:)


Ucapan alu-aluan oleh Pengasas Pusat Bahasa Pelangi dan juga CocoDamia..
Apa2 pun nak jugak cakap, saya yang sediakan/tulis teks ucapan tu ok..haha


Ucapan daripada Ketua Pelajar Pusat Bahasa Pelangi, Akmal..
Baru balik Umrah masa cuti sekolah haritu..
Ibu ayahnya pun sangat baik dengan kami walaupun mempunya pusat tuisyen sendiri.
Ilmu harus dikongsi ya tak??


Jam 7 petang, semua boleh mengambil makanan.
Kami beri laluan kepada keluarga anak-anak yatim dulu utk mengambil makanan sempena meraikan hari bersama mereka.


Kat luar pun ada juga kaunter makanan.
Kapasiti tempat melebihi tetamu yang hadir..
Jadi tempat mengambil makanan dibahagi 2 bahagian.


Enak2 makanannya ya..
Alhmdulillah...Syukur dapat berkongsi rezeki dengan pelajar2 saya, staff-staff saya dan juga keluarga2 anak yatim tersebut.


Menu utama nasi beriani, ayam masak merak, beriani daging, dalca, pecuk nenas, papadom dan aneka kuih muih serta buah-buahan.


Happy sangat tengok budak2 gembira.


Laungan azan menandakan waktu berbuka telah tiba.


Keluarga anak-anak yatim yang menjamu makanan.


Para pelajar yang banyak memberi sokongan kepada saya dan keluarga..
Tanpa mereka, siapalah Pusat Bahasa Pelangi setelah 10 tahun beroperasi.


Syukur...


Meja saya dan anak-anak..
Kesian Aleesya demam jer..
Sebab tu tak leh duduk dengan meja2 staffs dan keluarga anak-anak yatim..
Sebab Aleesya tak selesa...
Kejap2 nak tidur, kejap2 nak minum, kejap2 nak duduk atas riba..
Sorry ya kepada semua staffs saya yang baca blog saya ni..
Tak sempat nak beramah mesra sangat ngan uolsss..


Para AJK makan kat luar..
Diaorang kata best sebab boleh refill nasi dan lauk-pauk banyak2...hihi


AJK2 perempuan yang makan kat luar.

*****************************************************************************
Lepas tu semua solat Maghrib berjemaah.
Selesai sahaja solat maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada adik-adik yang dijemput khas. 


Untuk pengetahuan semua, anak-anak yatim yang terpilih ni, team Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia telah membuat lawatan ke rumah mereka terlebih dahulu dan sekaligus memberi surat jemputan kepada mereka.


Sambil memberi sumbangan, sambil memberi sedikit kata-kata semangat buat mereka. Ayah damia siap pesan "jangan buat beli mercun duit ni, buat beli baju raya"


Walaupun nampak sahaja muka kami senyum, tapi sempat kami saling berpandangan dan melihat mata masing2 bergenang air mata..


Senyuman sahaja dihati, tetapi jauh disanubari kami sebak dan terharu.
Sebab kami tahu serba sedikit kisah antara mereka2 ni.
Ada tu yang senasib dengan kisah Delisha masa kecil dalam cerita "Ramadan Yang Hilang"


Namun kadang2 pabila yang besar datang mengambil sumbangan, tersenyum jua dengan keletah mereka yang membuatkan kita hampir ketawa..


Dan sejujurnya, saya memang tak dapat nak menahan genangan air mata itu..
Lalu ia mencucuri membasahi pipi ini..
Sudah ditahan keluarnya, namun kadang2 emosi melebihi segalanya..


Bergambar kenang-kenangan dengan semua keluarga penerima sumbangan wang dan juga hamper CocoDamia. Syukur Alhamdulillah, hasil jualan Barakah Coklat IQ edisi raya, hasil sumbangan para ibu bapa, pelanggan dan tutor serta zakat yang dikeluarkan dari Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik sempena Syawal yang bakal menjelma. Sesungguhnya saya dan ayah damia selaku pengasas Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia bersyukur dan terharu kerana niat utk membantu mereka yang memerlukan telah tercapai. Semoga pada masa-masa akan datang, Allah permudahkan lagi serta perbanyakkan lagi rezeki kami agar kami tak putus-putus dapat membantu orang lain. Yang lebih kita berkongsi, yang kurang kita bahagi-bahagi.

Insyallah pada masa akan datang, semoga Majlis sebegini dapat dilaksanakan lagi dan diberkati.



Dan saya bangga dengan Aleesya..
Walaupun dia demam dan penat, tapi dia masih bermampu bertahan disitu dari jam 5 petang hingga 10 malam..memang langsung tak merengek. Cuma asyik tanya "bila nak balik" tu adalah. Makan pun tak, minum air jer. Bagus anak ibu. Ibu bangga dengan Aleesya.

p/s: Nanti tgk gambar2 guna DSLR pula ya..Ataupun boleh ke Fanpages: Coklat IQ utk melihat gambar2 dari DSLR..Terima kasih Ammar (my student) yang menjadi photographer pada malam itu..:)

Thursday, August 1, 2013

Dah tengok telemovie " Anugerah Dendam Yang Terindah"?

Saya dah tgk!!!
Hari sabtu lepas..
Jumpa CD kat Pekan Rabu..
Wah wah...Pekan Rabu sekarang dah macam uptown uolss..
Macam2 ada dan sangat havoc..

Eh berbalik kepada tajuk telemovie diatas, saya nampak promo telemovie ni kat astro.
Tayangan perdana pada hari khamis lepas di Astro First Eksklusif..
Hamboiii siap ada Eksklusif lagi tuhh..

Malangnya, sejak 2-3 minggu lepas, Skybox kat rumah saya server down..
Bukan sebab line internet atau apa2 kerosakan pada skybox tersebut, tapi server...huhu..
Dah lah tingkat atas server lain, tingkat bawah pun server lain..means ada 2 skybox..
Survey2 dengan kawan2 yang guna Skybox pun sama...server bermasalah..
So tak dapatlah hari2 layan Astro First lagi..

Tapi bukan main cepat dah ada CDnya ya..
Hari khamis tayangan perdana, sabtu dah ada CD nya...pantas gitu..
Saya pula tak lepaskan peluang beli dan terus tgk dalam kereta..


Ini bukan kisah sambungan Adam dan Hawa ya..
Walaupun pelakon dalam tu 90% adalah pelakon Adam dan Hawa..
Pandai pengarah filem pilih pelakon kan..
Ayyunie cakap "ni kan azie, kenapa ni nama maria pulak" dalam telemovie ni...hihi


Kisah Azman (AA) bercinta dengan Zatul (Nadya Nissa) zaman belajar..
Tak sesaui gitu AA berlakon jadi budak SPM dengan lengannya yang ketak2 itu..
Dah lah berlakon kat Australia juga macam dalam Adam dan Hawa..


Sedih jugaklah kisah ni...
Jahat tau Ammar (Amar Baharin) dalam citer ni..
Rampas kekasih abang sendiri..
Dan Ammar ni lah satu2nya bukan pelakon Adam dan Hawa yang berlakon dalam telemovie ni..


Yang best tu, dah sampai depan rumah pun masing2 tak nak turun..
Rela duduk dalam kereta tgk telemovie ni sampai habis konon..
Last2 Ayyunie nak kencing punya pasal, baru masuk rumah semua..haha


See, sama kan pelakon Adam dan Hawa..
Rozie Rashid jadi mak pula dalam telemovie kalini..

Lepas tu sambung tgk kat TV rumah pulak..
Barulah selesai..
Not bad ceritanya, walaupun endingnya tergantung sikit..


Pagi ahad tu, lepas sahur, tgk2 IG...sekali tgk status isteri AA, Diyana pun berpendapat sama juga yang endingnya tergantung macam tu sahaja..hihi..rata2 pun komen kenapalah Zatul tu tak kahwin dengan Azman kan...apa2 pun not bad cerita ni dan banyak pengajarannya terutama para pelajar sekalian..

Ok lah, yang tak tgk lagi, boleh langgan Astro First Eksklusif...
Kalau tak pun beli CD macam saya jer senang...:)




Dapat bekas jenama Tuppeware dan kek free..



Semalam saat saya menonton cerita Ramadhan yang hilang di TV3 dengan penuh emosinya, ayah damia pun balik kerja dengan membimbit sebuah beg. Ingatkan beli hadiah apa lah utk isterinya yang tercinta. Sekali masa ayah damia hulurkan beg tu dia cakap "mak student darjah 4 bagi".. Buka2 dalamnya, oh ada bekas jenama Tuppeware dan fruit cake perasa cappucino di dalamnya.

Terima kasih.. Jadi cikgu ni walaupun swasta tapi rezekinya memang mudahkan. Nak2 pula bulan Ramadan yang mulia ini. Harini dapat puding koktail, semalam dapat set Mc'D, kelmarin dapat kuih muih, pastu esoknya dapat nasi jagung, lepas tu dapat kek secret recipe, lepas ti dapat topayaki, dan macam2 lah.. Teringat masa saya kecil2 dulu, mak memang mengagungkan seorang guru sampaikan kalau masak apa2 mesti lebih utk diberi kepada cikgu2 yang ajar saya. Tak sangka kini benda tu berbalik kepada saya pula...:)