Rajinkan diri meroti pula..
Kalini saya buat Roti Manis Pandan..
Dapat cicah2 dengan sambal ikan bilis dan kuah kari kepala ikan memang tak sedar dah habis berbuku2.
Lembut dan gebu gebas kejadiannya..
Alhamdulillah..
Jom tengok resepinya..
Bahan2:
100ml air sejuk peti
50ml fresh milk
2 biji telur
1 peket yis 11gram
1 sudu besar bread softener
500gram tepung high protein
3 sudu besar susu tepung
60gram gula kastor
60gram planta
Pewarna hijau
Perasa pandan
Secubit garam
Cara-caranya:
Masukkan kesemua bahan2 dalam Breadmaker. Guna setting "Dough" (1 jam 30 minit). Keluarkan doh yang mengembang dan tumbuk2 keluarkan angin, timbang setiap biji 50gram, roundingkan, kemudian proofingkan selama 45 minit - 1jam (ikut cuaca). Pabila dah betul2 kembang, sapu telur +sedikit fresh milk atas roti, baru taburkan gula dan bijan. Bakar pada suhu 140'c selama 20 minit (ikut kepanasan oven masing2).
Dah siap. Tips nak bagi atas roti berkilat, sapu sikit marjerin masa roti masih panas2 lagi..
Ni lepas uli dari Bread Maker 1 jam 30 minit..
Melimpah ruah hah doh naik..
Ni pula lepas rounding..
Skill rounding kena perbaiki lagi ni sebab tak berapa licin lagi permukaan roti..
Hoola hoolaa..
Lepas proofing dalam 45-55 minit..
Doh tadi naik lagi..
Bolehlah letak bijan dan gula sebelum bakar..
Hasil selepas bakar..
Wangi je bau pandan semerbak satu dapur..
Yeayyy.. Roti manis pandan saya gebu gebasssss.. Makan time suam2 memang layannn.. Kalau ada kopi masa tu lagi syokkk kot..
Dapat 18 biji semuanya..
Lagi 3 biji masih dalam oven masa ni..
Alhamdulillah..
Saya dah pandai meroti..
Tapi tak lah expert lagi..
Setakat buat untuk makan family..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment