Bukan sahaja tanpa karamel, tapi tanpa kukus dan tanpa bakar juga.
Menu yang saya buat masa puasa haritu.
Jom kita tengok resepinya
Bahan2 untuk karamel:
4 sudu besar gula pasir.
Masak dengan api perlahan sehingga jadi gula hangus. Tuang dalam loyang dan biarkan sejuk & keras.
Bahan2 lain:
3 cawan air
1 peket agar2 serbuk 10g
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Kacau semua bahan2 diatas dengan api yang perlahan sehingga masak, kemudian tuang ke atas karamel tadi. Biar sejuk dalam peti ais 3-4 jam. Baru potong.
Ni saya buat lagi puding karamel tanpa telur masa raya ke 4 haritu.
Memang anak3 suka sangat sebab puding ni tak muak, tak bau hanyir telur dan gedik2 je dalam mulut.
Kalau tanya saya mana satu yang lagi sedap?
Versi tanpa telur atau versi yang ada telur dan kukus?
2-2 pun sedap sebenarnya..hihi..
Selamat mencuba!
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
1 comment:
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/
Post a Comment