Friday, January 10, 2020

My new gadget || DJI Osmo Pocket



Tak lena tidur malam selagi tak beli..
Dah 2-3 bulan dok aim nak beli..
Takut2 nanti beli, jadi perhiasan pula dalam almari..
Tapi kalau tak beli, menyesal kemudian hari..
Finally 30 Disember 2019, selesaikan misi.
Kiranya hadiah tahun baru lah ni.
Mudah-mudahan ia digunakan dengan sepenuh hati..

Tq adik dalam gambar tu sudi melayan akak yang begitu details ni hampir 2 jam free training.
Sebelum2 ni gi survey kat kedai2 kamera lain semuanya penerangan kurang jelas dan kurang memuaskan.
Beli kat centre nya baru betul2 puas hati walaupun harga sedikit mahal dari kedai2 lain.
Janji diajar 1 to 1.


Apa yang dibeli tu?
Ni hah...beli DJI Osmo Pocket..
Apa tu?
Kamera siap sekali dengan gimbal stabilizer..

Sebelum ni dah beli gimbal stabilizer untuk handphone.
Tapi lama2 macam malas nak bawa ke hulu hilir..
Sebab saiz besar  dan kena pasang2 ngan handphone..
Ni senang ON je terus boleh guna.


Yang paling penting saiznya muat2 masuk poket kita.
Video yang dirakam pula HD.
Cuma kalau gambar, saya lebih suka ambil ngan Mirrorless dan DSLR saya lagi.
Untuk video memang terbaik Osmo Pocket ni..


Cuma kekurangan Osmo Pocket adalah bukan waterproof.
So kalau nak buat aktiviti diving ke, snorkelling ke atau swimming, boleh beli waterproof case.


I'm happy sebab gadget kamera bertambah lagi.
Walaupun mungkin taklah selalu guna, janji ada. Nak guna senang capai je. Hihi..
Boleh tengok video utk my first trial guna Osmo Pocket ni!

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: