Sunday, January 5, 2020

Daim Muslim's first day of school (4 years old)




The first day of school is a special milestone.
Ambillah gambar banyak2, ambillah video banyak, kerana masa tak akan berundur, dan tanpa kita sedar, begitu cepat anak2 dah sekolah menengah.


And today is the day!
My last born.
Daim Muslim Bin Khairuddin. 
Dah melangkah ke alam pra sekolah.


Btw belum masuk 4 tahun lagi..
Baru 3 tahun 7 bulan..
Tapi dia punya tinggi dan gaya dah macam usia 5 tahun orang cakap..


Tak ada drama2, tak ada berat hati nak melepaskan,
 tak ada nak ibu tunggu2, tak ada nak messy2.
Sebab Daim punya mind dah lama nak gi sekolah.


Daim yang setiap hari ceria2..
Bangun pagi mandi, gosok gigi, pakai baju dan stokin..
Terus turun bawah breakfast nasi lauk daging..
Makan lah sikit 5 mulut walaupun dia biasa breakfast jam 9 pagi keatas..
Semangat nak gi school lah katakan..


Good luck and have fun Daim!
Dont grow too fast!
Nanti ibu ayah makin tua.


Budak banyak akal dan bijak ni..
InsyaALLAH..


Sementara tu antara komen2 di FB..
Daim serupa dengan Aleesya masa kecik2..



Ni pun komen sama..
Muka persis Aleesya masak kecik..
Hihi..



Dan ni luahan hati ayahnya pagini..
Daim anak yang mendapat jagaan ekslusif dari kami sepenuhnya....
Time kami meeting, minta staffs jagakan kejap..
Kalau meeting panjang, siap suruh staffs bawa Daim gi lah mana2 shopping complex bawa makan dan main playground.
Kalau meeting kat luar JB, siap booking hotel lagi suruh staffs jaga kan kat hotel..
Begitulah kami jaga anak sendiri ni..
Berbanding kakak2nya yang turut dijaga oleh maid...

Yang kes ayahnya masuk hospital tu, dan dan dapat anak lelaki terus kena sakit jantung ya..haha
Lasak yakmat, tapi dia tak nakal..
Lasak cara dia je..
Dulu obses sangat dengan mainan, sekarang alhamdulillah dah minat baca buku..
Begitulah perkembangan Daim..
Semoga Allah melindungimu nak dan jauhkan dari anasir2 jahat.
Aaaaminn..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: