Assalamualaikum dan hoola hoola..
Cuti sekolah dah habis, vacations are over!
It's time to head back to school and back to business!
Maka bolehlah update kat blog sikit2 kan sementara ada masa sambil2 tunggu makanan sampai ni.. Hihi
Ni saya nak kongsi KENAPA RAYA HAJI DI KELANTAN MERIAH?
1. Boleh dikatakan setiap keluarga akan buat ibadah korban. Maksudnya paling tidak akan ada satu bahagian korban sama ada dari ibu/ayah/anak/menantu/cucu. Bagi ahli keluarga ramai, seekor lembu pun ada dikorbankan untuk ahli keluarga sahaja.
2. Kebanyakan lembu dikorbankan di kawasan teduhan pokok2 di rumah atau di kawasan kampung berbanding di bandar dibuat dimasjid2 atau surau.
3. Daging korban diagihkan sendiri oleh orang yang buat korban. Gigih jalan kaki menyusuri rumah ke rumah berbagi daging. Lebih erat sebab bertentang mata dengan tuan rumah sendiri berbanding disesetengah tempat daging digantung kat pagar tanpa notis, diagihkan oleh AJK surau dan terkini siap ada sistem giliran bernombor pula untuk diagihkan.
4. Menjadi tradisi orang yang Korban tu akan buat makan2 sempena doa selamat, tahlil dan akikah. Yang bestnya kat Kelantan ni Majlis bermula sesudah subuh (menu roti cicah daging gulai) diakhiri hingga lewat malam (menu bakar-bakar) dari raya pertama sampai raya ke tiga. Boleh rujuk gambar dibawah ramai yang datang sesudah subuh (sebab ramai berjemaah subuh di masjid) . Kalau kat bandar, maybe jarang sangat kot majlis makan sesudah subuh.
5. Akhir sekali hidangan2 yang sinonim dengan Raya korban yang mengamit anak2 perantau ni nak balik beraya ke Kelantan. Contohnya daging singgang, sup tulang, gulai daging, daging goreng kunyit, perut muda/tua cicah air asam (yang ni keluarga saya tak makan.. Hihi) dan macam2 lagi lagi lah. Paling penting air tangan mak kita yang masak tu yang special.
Akhir sekali tak nafikan raya kat mana2 pun sama je cuma suasana dan berkumpul sanak saudara terdekat tu berbeza.
Hanya padangan dari saya sahaja.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
6:30 pagi jemaah masjid dah sampai
Ceria dan seronok je mereka. Tak ada pun yang muka moody atau mengantuk
6:00 pagi dah siap terhidang atas meja..
Ada yang tanya kul berapa masak banyak2 cam ni.. Kuzi ayam dan gulai daging tu malamnya masak. Yang goreng2 kul 5 pagi masak. Yang dessert tu tempah dan kul 5 lebih gi ambil kat rumah tuan yang buat desserts dan kuih2 tu..
Cerek/kendi zaman dulu2..
First time saya tengok makanan tradisi apam berkuah ni. Selalu apam salut nyor.. Saya tak try pun.. Ntah apa lah rasanya..
Itu paginya.. Orang datang sampai ke tengahari dan petang..
Malamnya pula buat BBQ dan steamboat anak beranak pula.. Sambil2 celebrate birthday august boy & girl
Kambing bakar, daging bakar, ayam bakar, udang bakar..
Syasya Humaira first birthday..
Budak2 kecik lain pun menyibuk juga kononnya nak sambut birthday diaorg juga
Sama2 buat deko dan masak2..
Anak2 dara pun suka makan kambing bakar
Kakak ipar saya dengan anak bongsunya..
Birthday boy 31 August dengan mak mertua saya..
Si kecik Adam mengaku haritu hari jadi dia juga..
Kek coklat moist
Baskin robbins ice cream cake
Cupcake Hokkaido
Brownies
See betapa ramainya sponsor aneka kek.. Gitulah kalau adik beradik ramai kan.. Best2.. Tetiba nak beranak ramai2 juga tapi eh tak nak lah pula.. Haha
Acara ibadah korban di bawah teduhan pokok2..
Jadi begitulah kemeriahan RAYA HAJI di Kelantan..
No comments:
Post a Comment