Yang mencuri tumpuan masa pergi Matta Fair semalam (Sabtu - 4/8/18)
Lately banyak betul tempat2 menarik telah dibuka dan akan dibuka di JB akan datang. Boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang nak bercuti di JB nanti..
1. DESARU COAST WATERPARK. Telah dibuka bulan lepas. Promosi adult RM75 dan child RM56 hingga Oktober ni. Lepas tu harga kembali kepada asal 😮. Hujung tahun ni HARD ROCK DESARU COAST pula akan beroperasi. Adult RM268, child 3-11y RM238. Harga termasuk bilik 1 malam, breakfast dan waterpark.
2. Coming soon. 5TH LARGEST INDOOR THEME PARK IN THE WORLD akan dibuka di JB. Dalam mall CAPITAL CITY sebelah Kilang Bateri. Katanya 1 oktober ni akan dibuka. 4 to go only RM360 katanya. Ada juga LONDON MUSICAL CIRCUS yang tiketnya boleh dibeli secara berasingan.
3. HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN. Promosi RM62 untuk Johor residents. Level 1, boleh buat aktiviti, level 2 ada show dan level 3 untuk rides. Menerima lawatan sekolah2. Selalunya sebelum sekolah2 ke sini, mereka akan buat EDUTOUR dulu di GO JB CHOCOLATE antara 9 pagi hingga 12 tengahari, kemudiam baru gerak terus ke sini sebab pakej siap makan.
4. Yes! Dah tau kat Skudai pun ada company yang provide Pocket Wi-Fi (depan MPJBT) , tak payah rushing nak pick up di KLIA dah. Recommended yang ni sebab battery life 15hours. Pernah guna sebelum ni tahan 6-7 hours je. Mujur masa tu bawa power bank yang jenis solar. So tak ada masalah sangat.
5. Teruja bila tau yang Vacation Hub ada buat pakej ke Korea selama 6 hari direct JB-KOREA. Tak yah susah2 nak naik dari KL dah. Ni chartered airline. Rm2299 all in. Tarikh departure terdekat 8,11 dan 15 Ogos ni dah.
6. Tertarik dengan pakej "honeymoon" kat Maldives. Kelebihan "honeymoon" tu maksudnya dapat cake, candle light dinner dan bed decoration. Harga tak termasuk tiket flight. Valid untill November ni je. Kalau saya "honeymoon" means angkut anak2 sekali.. Hihi..
7. Tu itinerary Maldives
8. Wow.. Murahnya pakej Kashmir. RM2999 all in termasuk visa. Betul termasuk visa. Visa India kan dah naik harga baru2 ni. Ni diaorg bagitau dah absorbed harga visa dan no hidden charge dah.
9. Nak masuk Matta Fair RM3 per entry. Kanak2 FOC bawah 11 tahun. 3-5 Ogos di Danga Bay convention centre dari 10:30 malam hingga 10 malam.
The End.
P/s: Sebenarnya banyak lagi tempat2 lain yang menarik. 2 beg woven tu penuh dengan pemplets dan brochures. Tapi kalini review focus on Johor dan yang mencuri tumpuan mata sahaja ya.
P/s: Btw pakej yang saya survey tak ada pun dalam senarai diatas. Ke mana tu? Counting days.. Wait and see. Moga dipermudahkan. Aaminn..
No comments:
Post a Comment