Monday, August 13, 2018

Betul ke Mek Kelate pandai berniaga?


Masa pembayaran dikaunter:

Cikgu: Dah macam shopping kat Langkawi ni beli banyak2 coklat.
Saya: Gi Langkawi jauh, datang sinilah dekat sikit 😀. 

Cikgu: Awak ke pemilik sini?
Saya: Ah ah (terpaksa mengaku walaupun awal2 saya bagitau saya pun pekerja kat situ juga, tapi dah terpampang keratan akhbar banyak2 tu kan, tak leh nak selindung dah)

Cikgu: Tahniah, bangga saya tengok ada usahawan melayu kita macam ni. Jarang2 tau ada (ayat yang selalu diucap kepada saya time habis edutour) 
Saya: Alhamdulillah. Perancangan Allah yang hebat. Saya usaha setakat mampu

Cikgu: Orang mana?
Saya: Ore kelate.

Cikgu: Laaa.. Ore kelate kito. Kak pun ore kelate jugok 😂.. Patutlah panda nego gitumo.
Saya: Ore tak kelate pun panda jugo nego kak. (Dah keluar slang dah)

Cikgu: Kelate mano?
Saya: Pasir Mas.

Cikgu: Patutlah comeyy pungg.. Ore pasir mas.
Saya: (Dalam hati memey punggg 😂😂😂) Kak ore mano?

Cikgu: Saya ore PCB.
Saya: Owhh sama ngan suami sayo lah, ore Banggol PCB.. 

Cikgu: Laaa.. Suami ore kelate jugok. Patutlah pandai nego suami isteri.
Saya: Tu lah rezeki Allah wi koktu.. Aaamin.. 

Pendek kata setiap kali kalau yang datang GO JB Chocolate tahu saya ore kelate, mesti slang kelate bo be bo be keluar..haha.. Meriah giler2 harini dengan kehadiran pelatih2 dan guru2 dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tun Aminah dan PDK Nusa Jaya.

Walaupun sayu hati tengok mereka macam2 masalah OKU, tapi kami gembira dapat ceriakan mereka sungguh2.


Btw ni first time kami terima peserta2 Edutour yang usianya 18 tahun sehingga 55 tahun. Berbeza usia, berbeza sakitnya tapi saya percaya mereka impikan satu sahaja iaitu BAHAGIA. 


Dari PDK Tun Aminah


Dari PDK Nusa Jaya


Happy dan ceria2 semuanya. Senaman lagu baby shark doo doo doo pun boleh dalam mode disko tau.. Hihi.. 

Saya doakan semua ahli2 syurga ni dipermudahkan setiap urusan harian, gembira setiap hari dan disayangi selalu oleh masyarakat sekeliling. Aaaminn..

No comments: