Wednesday, July 4, 2018

Selesanya makan di Benafe Seri Alam


Finally sampai juga ke sini..
Tahu pasal tempat ni pun masa bulan puasa aritu sebab ada buat buffet ramadan. Tapi tak sempat2 nak berbuffet disini

Jumaat lepas ada orang share lagi tempat ni. Terus ajak suami dinner kat sini. 40km juga lah dari rumah.. Keluar rumah kul 6 petang, sampai2 ngam2 dah maghrib. 

Istimewanya kat sini adalah tempat makannya ada 4 jenis suasana. Ni kami pilih makan dalam bilik VIP. Sejuk sangat dan romantik suasananya. 

Suasana lain pula macam tempat duduk ala kedai mamak ada, tempat lepak2 macam hipster style ada dan nak duduk bawah kubah putih besar pun ada. Turkey style sangat.. Kalau ada suasana lain tak perasan pula tadi.. 

Surau pun selesa dan luas sangat. Surau lelaki mengadap kolam air pancut. Tenang je bunyi dan suasananya.

Menu yang kami kami malam tu semuanya chef recommended. Kami order Kerapu 8 rasa, tom yam goong dan ayam masak ala mangoola. Untuk Daim tambah orser baby kailan masak oyster dan telur dadar. Harga memang lebih lah sikit. Tapi sesuai dengan kesedapan dan portionnya. Tempat pun selesa sangat. 

Parking pun luas juga. Disambut dengan guard yang jaga parking lagi.


Ni lah kubah putih besar yang cantik tu. 


Sebelum makanan sampai kita posing satu kali


Awww.. Sekali sekala bagi chance.. 
Snap by Ayyunie.. 


Laluan nak ke surau.. 
Ralit Daim tengok air pancut tu hah.. 


Pemandangan bilik VIP dari luar.. 


Pinggan makan pun cantik kemain.. 


Tom yam goong..
Tom yam udang lah tu maksudnya.. 


Kerapu masak 8 rasa..tapi kami recognise 5 rasa je... Masam, manis, masin, kelat dan pedas.. 
Lagi 3 rasa gi mana? Haha


Ayam masak mangoola.. 
Macam masak butter tapi bubuh paprika.. 


Kailan dan telur dadar untuk Daim.. 

For sure kami akan datang lagi ke sini.. Cuma tak kerap lah sebab jauh kan.. 


No comments: