..... Sangat sangat sangat apa tu?
Cuak juga sebab ayat tak habis kan..
Rupa-rupanya..
Semalam (15/7/2018) selesai sahaja Edutour dan semua habis shopping, tiba2 ada seorang cikgu ni datang bagitau dengan memek mukanya yang bersungguh2..
"Ya Allah, saya tak sangka layanan sangat sangat sangat...
" Cikgu tu tak habis cakap terus berhenti. Saya dah cuak sebab sangat sangat sangat apa lah kan..
Saya pun tanya "kenapa cikgu? Ok ke semua?"
Cikgu tu pun balas:
"Saya tak sangka sebab layanan sangat sangat memuaskan. Memang tak sangkalah. Saya ingat macam.... (tak habis cakap juga)"
Saya pun sambung:
"oh cikgu ingat lawatan biasa2 dan buat coklat biasa2 ya. Tak lah cikgu. Kami kat sini ada SOP untuk 3 jam punya Edutour. Sebab tu semua kena ikut arahan dan program kami untuk lancarkan program Edutour ni. Maaflah cikgu jika pihak kami ada terkasar bahasa dengan budak2 atau ada kekurangan dari segi ruang tempat yang agak terhad ni.
Cikgu tu pun sambung lagi:
"Tak ada masalah pun. Biasalah tu bawa budak2. Janji mereka seronok dan puas hati. Insyallah saya akan recommend pada sekolah lain dan tahun depan saya akan datang lagi. Memang tak sangka program dan layanan disini sangat sangat sangat puas hati".
Terima kasih cikgu dari Sek Keb Seri gading, Batu Pahat atas komen2 memberangsangkan itu 😘.
Berminat nak buat Edutour di GO JB Chocolate? Whatsapp 0106468383 untuk tindakan selanjutnya..
#cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar
Wahhh terharu sangat sebab cikgu tu reply status yang dibuat oleh staff..
Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat dan rezeki Allah. So far ni bukan kali pertama feedback positif sebegini.. Cuma sebab cikgu ni cakap direct depan2 saya, tu rasa terharunya lain macam.. Insyallah.. Kami team CocoDamia akan tingkatkan lagi service dan mutu perkhidmatan kami.. Aaaminn..
No comments:
Post a Comment