Friday, July 13, 2018

Menang 3 anugerah di Anugerah Inovasi 2018 Peringkat Johor


Tidak kalah dengan kekurangan diri sendiri, tapi menang dengan usaha dan potensi diri. 

Alhamdulillah. 
Bukan 1, bukan 2 tapi 3 anugerah yang CocoDamia menang sempena Hari inovasi 2018 peringkat Johor. Yang paling terharu, kami berjaya menang Anugerah Perdana iaitu juara keseluruhan.

Terima kasih Allah. Terima kasih para juri yang menilai pertandingan ini pada bulan ramadan haritu, terima kasih jab pertanian daerah Johor Bharu dan Negeri Johor.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada team CocoDamia dan semua yang sentiasa support  CocoDamia dari dulu hingga kini. 

Anugerah yang dimenangi:

Anugerah Perdana: Mesin Pemprosesan Variasi Coklat
Anugerah Emas: Mesin Pemprosesan Variasi Coklat
Anugerah Perak: Produk Coklat Kerepek

Semoga kemenangan ini dapat menaikkan lagi martabat brand CocoDamia di mata industri.

P/s: Satu-satunya calon yang bertanding 2 projek inovasi 😀.. 

Bersedia untuk peringkat Kebangsaan pula. 


3 kemenangan, 2 inovasi. Paling tak sangka Anugerah Inovasi. 


3 kali turun naik turun naik pentas hah.. 


Syukur Alhamdulillah.. 


Sesungguhnya setiap kejayaan datang dengan usaha dan rezeki daripadaNya.. 


Diskripsi untuk Anugerah Perdana dan Anugerah Emas


YB sedang merasai produk Inovasi "Coklat Kerepek".. Ni bukan kerepek biasa yang dicelup coklat tau.. Ni Coklat yang berbentuk dan rasa kerepek.. 


Tak cukup rasa 1, rasa lagi.. :-) 


Bergambar kenangan bersama YB..


Bersama dengan team Jab Pertanian Daerah JB yang juga menang banyak anugerah serta pemenang2 Anugerah Inovasi Daerah JB. 


Pemenang Anugerah Perdana kena duduk tengah katanya.. :-) 


Makanan semua best2 gilerrr..tapi tak sempat nak makan semuanya dan menikmati semuanya.. Al maklumlah pemenang.. Kejap orang panggil bergambar, kejap orang datang jumpa, kejap orang tanya pasal mesin dan lain2.. 


Baru je nak makan menu kat atas, orang panggil bergambar lagi. Huhu.. Baru suap 2 mulut tau.. Sobsss..

Syukur Alhamdulillah atas kemenangan ini. Sebagai kenangan, anugerah ini berlangsung pada 11 June 2018 (rabu). 

No comments: