Monday, July 30, 2018

2D1N bercuti di Amverton Heritage Resort


Asalnya pagi jumaat lepas nak sarapan dekat2 rumah je, tetiba masuk kereta gatal mulut cakap "bang, sarapan kat Kari Kambing 40 nak?".. Suami ON... Pastu singgah office tinggalkan amanat, tengok stok bahan mentah banyak yang dah licin. Tetiba suami pula gatal mulut cakap "gi KL nak? Gi beli stok sambil2 jalan2 cari makan". Isteri apa lagi ON!

Masalahnya dengan sehelai sepinggangnya, dengan pampers dan susu Daim langsung tak bawanya, dengan baju spare tak adanya, dengan tak proper attire-nya... Hahaha.. Suami kata kedai berlambak kat KL.. Boleh tahan pilih nak baju apa. Macam tak biasa travel on the spot. Kih kih.. Ok kalau larat day trip, tak larat kita tidurlah mana2 ya ikut naluri.



Yeayy Misi Utama ON dan selesai!
 So misi jalan2 cari makan pula.. 

Mujurlah muat2 semua stok yang dibeli. Sebab langsung tak ada luggage kan. Kalau nak ikutkan, 2 minggu sebelum tu dah naik KL borong stok bahan mentah, tapi Ya Ampunnn... Tak muat kereta sebab ada luggage dan barang2 travel lain.. Ni just nice semua ngam muat.. Ater travel tanpa dirancangkan.. 


Sebelum check in hotel, menghala ke Mydin dulu untuk beli barang2. 

Ingat senang bila travel sehelai sepinggang ni? Kena gi beli sikat, bedak, berus gigi, telekung sembahyang, baju2 luar, baju2 dalam, baju swimming, charger, selipar, botol susu, tudung dan macam2 lagilah. Barulah ada thrill travel kan.. Haha.... Adoii lah.. 

Confius cashier tengok banyak2 baju untuk 5 orang 2 persalinan setiap sorang dan siap lipat2 atas meja cashier terus masuk dalam beg baru beli. Tu pun ada yang masih tak cukup tau. Harga beli baju2 ni semua 2 kali lagi mahal dari tidur hotel semalaman.. Kih kih.. Dah macam lari dari rumah kekdahnya..


Yeayy dah sampai tempat bermalam...kononnya nak daytrip je...tapi tak jadilah...sebab anak3 dok berzikir nak tidur hotel, nak tidur hotel..anak3 tak sabar nak swimming sebenarnya..


Not bad biliknya..
Masih sama seperti dulu.. Cuma perabot dah baru..
Dulu (tahun 2010) dah pernah stay sini..Masa tu nama hotel ni Puteri Resort


Excited betul Daim nampak water park tu..
Sampaikan nak bergambar pun kena pegang kepala paksa tengok kamera..kih kih..


Happy tengok anak2 happy..
Walaupun sebenarnya ibu dan ayah masih kepenatan lagi..


Daim yang hanya mampu tengok kakak2nya main slide ni...nak main slide ni pun ada syarat...kena yang berusia 6 hingga 12 tahun sahaja..


Tak puas mandi..


Me too...happy together2 dengan anak3..
Puas hati dapat merendamkan diri..release penat kejap..
Ayahnya tukang ambil gambar kalini..


Berani sungguh Daim tu nak naik slide..


We are happy family..


Haha...lucu sungguh suamiku ni..
Masa beli baju2 tu, sempat lagi belikan kain batik untuk isterinya ni..
Nasib baik juga dia beli..sebab memang berguna pakai waktu malam nanti...
Kalau tak, pakai tuala je lah tidur nanti...haha
Ayahnya pun tak ketinggalan beli kain pelikat untuk dirinya sendiri..


Esok paginya...suasana di lobby hotel..


5:30 pagi semua dah bangun sebab dah terbiasa Johor subuh awal. Pastu masing2 tak nak tidur semula. So jadilah family pertama yang turun breakfast sharp 7 pagi..


Uniknya kuali2 gantung tak cukup sifat tu..


Makanan pun banyak pilihan..


Air pun macam2 jenis ada...suka air jambu batu merah tu...
\

Nasi lemak tak ada, so kita makan lontong...best sangat rasanya...


Mee kari Nyonya ni pun super marvelous..
Makan sampai ke titisan akhir kami suami isteri..


Us!


Dah makan, nak buat aktiviti mana dulu?


Bergambar kenangan 1 family disini..
Tapi bila suruh orang ambilkan gambar, biasalah...jauhnya alahai..


Aktiviti pertama kami, bawa anak3 gi Kidzones. Sebab pagi masih awal, so kami antara yang awal ada dalam kidzones ni..


Puas hati anak3 main dalam ni...
Dekat setengah jam juga spend time kat sini..


Mula2 ingat Daim takut main slide tinggi ni, tapi boy tetap boy...dia berani weii...siap buat gaya terlentang lagi turun slide..haha...ibu yang paranoid takut Daim jatuh lah apalah.. Dan semestinya lepas main kat sini, tangan kaki anak3 kita lap dengan wet tisu yang ada antibakteria ya...takut sekarang macam2 virus kan..

\

Lepas tu both Damias main mini ATV pula...
RM20 untuk 15 minit...bergilir ngan adiknya..


Bolehlah walaupun tak adventure sangat...


Pastu adiknya pula naik..


Nak naik mini ATV ni pun ada syarat.. Tak leh lebih 45kg dan umur mesti 6 hingga 11 tahun sahaja.. mujurlah Ayyunie lepas lagi naik ni...haha..tu pun 2x tau orang yang sini tanya berat Ayyunie berapa.. Haha.. 

Dalam jam 10:30 pagi, kami pun naik berehat dalam bilik. Lepas tu jam 12 terus checkout. Check out paling senang ni sebab tak ada luggage nak kemas2 kan.. Haha.. Just sumbat semua yang dah pakai dalam beg yang baru beli tu je. 


Otw balik JB, exit Pagoh jalan2 cari makan tengahari.. 


Ni hah signature dah jumpa.. 


So apa lagi makan mee bandung udang galahlah jawabnya... 1 pinggan RM15.. Anak3 makan nasi.. 


Kebetulan sebelah kedai makan tu ada apek jual durian murah2. Hasil kebunnya sendiri.. Durian kampung RM4 sekilo, durian kahwin RM8 sekilo.. So takkan tengok saja kan.. Harulah makan sebagai pencuci mulut walaupun masa tu perut dah kenyang.. Oh ya masa ni hujan renyai2.. 


Bersungguh masing3 makan.. Nak2 yang kecik tu hah.. Hantu durian macam ayahnya juga.. 


  • Alhamdulillah.. Sampai rumah lebih kurang jam 4 petang. Sebelum tu singgah kilang kejap bawa turun semua stok2 yang dibeli. Maka berakhirlah cerita LARI DARI RUMAH ni.. Kiki

Thursday, July 26, 2018

"Sedapnya ibu masak" Kata Daim



Masakan ibu mana tak pernah sedap anak weiiii..
Walaupun simple2 je kan..

Cer kira berapa kali Daim cakap 'sedap' dalam masa 30 saat video tu..
Walaupun simple, esok2 Daim dah pergi belajar dan bekerja merata2, masakan air tangan ibu ni juga yang akan diingat-ingatkan...

InsyaAllah...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, July 24, 2018

Resepi Kima Daging & Pratha Tampal



Kima Daging ni berbeza sedikit dengan kari daging biasa sebab dalam masakannya ada letak puri tomato (buat sendiri), sos tomato dan sos cili serta kuah pun agak pekat. Untuk resepi penuh, boleh rujuk dalam video diatas ya. Oh ya sepatutnya letak green beans dalam menu ni, tapi sebab anak2 dan suami tak suka makan green beans, so saya tak letak ya.


Kima daging ni amat sesuai makan dengan capati. Tapi sebab susah nak dapatkan capati, makan dengan Pratha Tampal buat sendiri pun boleh. Roti Pratha tu saya beli yang frozen punya jenama Kawan. Cam mana nak tampalnya dengan telur? Boleh tengok dalam video juga ya.

Selamat mencuba!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, July 22, 2018

Resepi Siakap Kengsom Versi Tumis



Sebenarnya masak Siakap Kengsom ni lagi senang dari Siakap 3 rasa atau Siakap steam tau. 
Tak percaya? Cubalah!

Resepi Siakap Kengsom Versi Tumis

Bahan-bahan:

Bawang putih*
Bawang merah*
Serai*
Kunyit*
Halia*
Cili padi*
Cili besar*
Belacan*
(semua bahan2* diatas dikisar)

Ikan siakap
Cili boh
Gula merah
Air asam jawa
Kangkung
Kiub nenas
Garam dan perasa

Cara membuatnya:

1. Tumis sehingga naik bau semua bahan kisar.
2. Dah mendidih, masukkan sedikit cili boh.
3. Masukkan juga air asam jawa dan gula melaka.
4. Perasakan dengan garam dan perasa.
5. Masukkan ikan siakap. Kaup balikkan kuah atas ikan dan tutup sekejap sehingga ikan masak.
6. Akhir sekali masukkan kangkung dan kiub nenas.
7. Tunggu sehingga kangkung layu dan boleh angkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 19, 2018

Layanan di GO JB Chocolate sangat sangat sangat....


..... Sangat sangat sangat apa tu? 
Cuak juga sebab ayat tak habis kan.. 

Rupa-rupanya.. 


Semalam (15/7/2018) selesai sahaja Edutour dan semua habis shopping, tiba2 ada seorang cikgu ni datang bagitau dengan memek mukanya yang bersungguh2.. 

"Ya Allah, saya tak sangka layanan sangat sangat sangat...

" Cikgu tu tak habis cakap terus berhenti. Saya dah cuak sebab sangat sangat sangat apa lah kan.. 

Saya pun tanya "kenapa cikgu? Ok ke semua?" 


Cikgu tu pun balas:
"Saya tak sangka sebab layanan sangat sangat memuaskan. Memang tak sangkalah. Saya ingat macam.... (tak habis cakap juga)"

Saya pun sambung:
"oh cikgu ingat lawatan biasa2 dan buat coklat biasa2 ya. Tak lah cikgu. Kami kat sini ada SOP untuk 3 jam punya Edutour. Sebab tu semua kena ikut arahan dan program kami untuk lancarkan program Edutour ni. Maaflah cikgu jika pihak kami ada terkasar bahasa dengan budak2 atau ada kekurangan dari segi ruang tempat yang agak terhad ni.

Cikgu tu pun sambung lagi:
"Tak ada masalah pun. Biasalah tu bawa budak2. Janji mereka seronok dan puas hati. Insyallah saya akan recommend pada sekolah lain dan tahun depan saya akan datang lagi. Memang tak sangka program dan layanan disini sangat sangat sangat puas hati". 

Terima kasih cikgu dari Sek Keb Seri gading, Batu Pahat atas komen2 memberangsangkan itu 😘. 

Berminat nak buat Edutour di GO JB Chocolate? Whatsapp 0106468383 untuk tindakan selanjutnya..

 #cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar


Wahhh terharu sangat sebab cikgu tu reply status yang dibuat oleh staff.. 


Alhamdulillah.. Syukur atas nikmat dan rezeki Allah. So far ni bukan kali pertama feedback positif sebegini.. Cuma sebab cikgu ni cakap direct depan2 saya, tu rasa terharunya lain macam.. Insyallah.. Kami team CocoDamia akan tingkatkan lagi service dan mutu perkhidmatan kami.. Aaaminn.. 

Wednesday, July 18, 2018

Lawatan sambil belajar ke GO JB Chocolate dari Terengganu


Wahhh.. Jauhnya tetamu2 lawatan sambil belajar semalam (17/7/2018)

Sekalung penghargaan diatas kesudian pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah dari University College Bestari, Terengganu atas Lawatan sambil Belajar ke @gojbchocolate semalam. 

Semoga sedikit perkongsian ilmu dan pengalaman dapat mencetuskan inspirasi dan motivasi kepada adik2 semua.

Sesungguhnya tidak ada istilah 'Gagal' dalam kamus seorang usahawan, cuma 'Kejayaan' yang tertangguh. Usaha sebaik mungkin untuk mengejar Kejayaan tersebut.

Masing2 dah shopping Ole ole CocoDamia untuk bawa balik Terengganu tu. Tak cukup no worries, boleh order online dan kami pos.

#cocodamia #gojbchocolate #edutour #lawatansambilbelajar


Bersemangat sungguh berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pelajar2 dari Terengganu. 


Sesi berkongsi ilmu dan motivasi


Sesi lawatan


Masing2 tak sabar nak tengok produk coklat dan mesin yang merangkul 3 kemenangan masa Anugerah Inovasi 2018 baru2 ni.. 


Yumm yumm yumm.. Sesi makan coklat sampai puas.. 


Manis2 comei2 ore Ganu belako.. 


Masing-masing sporting dan tanya macam2 soalan. Moga ia memberi manfaat kepada semua


Apa lagi shopping time.. 


Terima kasib atas pemberian cenderahati dan ole ole dari Terengganu


Terima kasih daun keladi. Ada masa jumpa lagi dengan Izin Allah..