Saturday, June 2, 2018

Resepi Akok guna pembakar roti


Anak-anak tanya Moreh makan apa ibu?

Alahai.. Ni lah kalau berbuka kat luar, asal moreh je mesti tak ada benda nak makan sebab dapur tutup kan.. Maka ibu pun meng-kreatif-kan diri buat akok moden πŸ˜‚πŸ˜‚.. 

Paling senang! Masukkan semua bahan2 buat akok dalam hand blender. Blend sampai halus. Panaskan pembakar roti dulu. Dah panas baru masukkan bahan2 diblend tadi. Bakar dalam 5 minit. Buka penutup pembakar roti, kembang setaman akok tu. Nanti dah letak dalam pinggan, mula mengecut dan berkedut.

Rasa dan bau dah serupa akok. Cuma rupa bentuk je moden πŸ˜‚πŸ˜‚.. Ok anak2 jom makan! 


Hahaha.. Yang ni segan betul nak bagi resepinya sebab campak2 betul.. Tapi tak sangka sungguh, ramai pula yang minta resepinya. So check it out! 

Mula2 blend 2 sudu gula merah + 2 sudu gula pasir (ikut kemanisan masing2) + 1/2 kotak santan kotak kecil + 3 sudu tepung gandum + 5 biji telur + secubit garam + sedikit perasa pandan + sedikit esen vanilla + 1/2 cawan air + 2 sudu minyak masak..

Blend sampai halus ya. Pastu tuangkan dalam pembakar roti. Make sure pembakar roti tu panas dulu. 


Taraaaa... Kembangnya.. 

Ada yang tanya penutup tu kena tutup atau bakar biar terbuka? Kena tutup ya puan2. Macam kita bakar roti biasa tu. Tak payah balik2 kan. Biar je gitu. Bila adunan makin mengembang, nanti pembakar tu akan keluar bunyi angin.. So tunggu dalam 1-2 minit lagi. Pastu dah boleh buka penutup tu. Kalau nak garing sikit lagi, tunggu lama sikit. Tapi jangan lama sangat, kang keras kejong pula akok puan2 tu.. Hihi.. 


Yeay! Dah siap..
Mula2 je kembang.. Tapi nanti bila dah letak atas pinggan akok akan mengecil dan berkedut. Oh ya, warna akok sebenar dia pucat sikit. Tu terlebih warna hijau pula.. Hihi.. 

Yang penting mudah dan senang kan.. 
Dan yang paling penting lagi ianya rasa akok dan bukannya rasa roti bakar.. :-) 

Ok lah selamat mencuba! 
Post a Comment