Monday, June 4, 2018

Kisah Bhai dan bonsaiku


Gambar sebelum kejadian kemurungan.. 


Bhai oh bhai..
Apa sudah jadi?
Mana itu Bonsai?

Nak keluar tengahari kelmarin, sampai simpang depan rumah, terjumpa bhai pemotong rumput ni. Suami tanya boleh potong pokok? Dia kata boleh. So suami pun suruh follow kami  patah balik ke rumah.

Sampai depan pokok, tanya berapa RM? Bhai cakap RM50. Suami terus hulur duit dan pesan potong cantik2, jangan sepah depan rumah dan buat elok2. Saya pula pesan "bhai! Potong bentuk pokok bonsai tau, bentuk ini macam (sambil saya tunjuk bentuk bonsai)". Saya siap tanya lagi Bhai tahu tak bonsai tu apa? Dia jawab tahu..tahu...

 Maka kami pun meninggalkan bhai dengan pokok sebab nak cepat nak COD coklat. Dalam kete tanya suami" bang, tak pe ke tinggal bhai tu buat kerja sorang2? "

Suami jawab" kerja dia, tahulah dia“.. 


Maka tepat jam 6 petang sampai rumah, terbeliak mata suami tengok pokok *bonsai* dia sambil cakap "apesal rumah kita tak ada seri ni"? 

Sekali bila saya fokus kat pokok tu... Huaaaaaa. Bonsai sangat bhaiiiiiiii...sampai TOGEL.. Tak tahu nak ketawa atau nak nangis dulu... Huhu.. Anggap je lah haritu rezeki si bhai tu dan bukan rezeki kami yang nak berbonsai sangat.. Sayang tau pokok tu.. Dah 10 tahun tanam... Selalu ayah damia cantas dan trim sendiri je bagi tak merimbun sangat.. Ni sebab tak ada masa + pokok pun dah tinggi sangat, tu yang upah juga orang. Tapi tak sangka pula begini pengakhirannya..


Petang semalam... 
Adoii lah..
Keluar rumah nampak "bonsai tak jadi" depan mata sedih pula rasanya.. Sekali terjumpa pula si Bhai kelmarin ni kat simpang depan ni..
So nak buat apa?
Nak geram ke nak ketawa? Huhuhu.. 

Dengan harapan lepas balik raya dari kampung nanti tumbuh semula daun2 pokok ni.. Nak merimbun kembali tu mungkin take time lah kan.. Sobs! 

Post a Comment