Friday, June 8, 2018

Resepi Kerang Air Asam Ala Thai


Ok kita lupakan kisah Bhai dan Bonsainya.. Kita move on dengan moreh malam ni Colek Kerang Air Asam Ala Thai... Masa tengah buat ni petang tadi, dok tahan je air liur dari meleleh tau. Malu kat anak2 kalau tetiba air liur menitik weii.. Hihi

Resepi Kerang air asam ala Thai:

Basuh kerang hingga bersih. Kemudian rebus sekejap tanpa air hingga masak. Agak2 kerang dah mula terbuka, terus tutup api dan cedokkan masuk ke dalam air yang berais untuk elakkan kerang mengecut dan juga melekat.

Bahan-bahan sos:
(Agak2 campak2 je ni ikut citarasa masam2 manis masing2)

 ☑️Bawang putih - diketuk dan dihiris halus
☑️Cili padi - dihiris halus
☑️Daun ketumbar - dihiris halus hingga ke akarnya
☑️Tomato - dihiris dadu kecil
☑️Sos ikan
☑️Sos cili
☑️Sedikit air asam jawa - saya guna Adabi
☑️2 biji limau nipis yang besar
☑️Garam & gula
☑️Kacang tanah goreng yang ditumbuk

Gaul2 kesemua bahan diatas. Kemudian curahkan ke atas kerang yang telah dikopek kulit sebelahnya. Yummy... Dah makan tak ingat nak berhenti2 nanti.. 

Selamat mencuba!

#colek #kerangairasamalathai
Post a Comment