Tuesday, June 5, 2018

Bila masa sesuai nak cakap "MasyaAllah" dan "SubhanAllah"


Perkongsian dari Tazkirah Subuh... 

Selalunya jika kita dengar sesuatu yang baik,  kita akan sebut "Subhanallah" dan jika kita dengar sesuatu yang buruk atau negatif , kita akan sebut "MasyaAllah". Tapi sebenarnya maksud "MasyaAllah" adalah Allah Maha Agung.

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yang patut kita lafazkan pada situasi kurang elok ialah “Astagfirrullahhalazim" yang maksudnya Aku memohon keampunan Allah atau "Nauzubillah" bermaksud Kami memohon perlindungan Allah.

So lepas ni selalulah kita guna ayat:

☑️ MasyaAllah, cantiknya baju awak..
☑️ MasyaAllah, hebatnya anak awak dapat 8A dalam UPSR
☑️ MasyaAllah, sedapnya awak masak. 

Manakala "SubhanAllah" digunakan ketika dalam perkara yang pelik, negatif atau kurang tepat. Contohnya: 

☑️SubhanAllah, kenapa tak solat lagi? ☑️SubhanAllah, tergamak dia tak hormat orang lagi tua dari dia? 

Wallahualam.. 

#sharingisjariah
Post a Comment