Restoran baru kepunyaan rakan usahawan kepada ayah damia.
Yang baru dibuka di Pulai Perdana pada 15/2 minggu lepas.
Kami turut tidak ketinggalan support busines kawan-kawan.
First day hari pembukaan lagi ayah damia dah ajak kami sekeluarga makan disini lepas balik dari office untuk dinner.
Sampai-sampai je memang full house.
Rata-rata bawa family masing-masing.
Mungkin ada yang sekadar nak mencuba tahap kesedapan restoran baru atau mencuba suasana restoran yang lebih selesa disini.
Ni antara menu yang ada.
Macam2 ada.
Dari menu kampung hinggalah menu western.
Harga pun masih reasonable dengan portion dan cara presentation makanan.
Wowww.. macam-macam air ada.
Memandangkan hari tersebut adalah hari pertama restoran tersebut beroperasi, so banyak makanan dah habis masa kami pergi. Yang ada western dan juga mee/meehoon/kuewtiaw. Operasi pun agak kelam kabut. Tapi no worries, pekerja2 kat sini friendly. Asyik minta maaf je order sampai lambat dan makanan yang diorder habis. Kami faham. First day beroperasi kan. Dari pagi sampai lewat malam non-stop bahagian kitchen memasak bak kata kawan ayah damia selaku owner restoran ni.
Love the honey lemon ice.
Next time boleh repeat lagi..;-)
Kid's menu.
Btw Ayyunie order chicken chop yang kid's menu punya. Tapi habis lah pulak. So tukar jadi fish and chip.
Rasa standard lah.
Saya pula order meehoon goreng.
BIL order beef kuew tiaw.
Dan both ayah damia dan Aleesya order set mushroon soup.
(Tak sempat snap haihh...sebab lama menunggu. Hihi)
Soft-drink ni free flow tahu!
Siapa2 yang makan kat restoran ni boleh minum secara percuma.
Ruang dalam berair-cond.
Besar dan selesa.
Serta sejuk mata memandang.
(Tak sempat pula saya nak tinjau2 bahagian luar sebab full house kan)
Ni saya tunggu di bahagian waiting area.
Ada set sofa untuk kita tunggu semasa ahli keluarga lain buat bayaran atau nak dapatkan seat.
Tempat bayaran.
Gunakan POS system.
So lebih sistematik lah.
Cuma mungkin baru2 operasi ni mungkin agak lambat sikit.
Sebab ya lah nak training staffs baru bukannya senangkan.
Hopefully pasni service lebih tip top dan mantop.
Tapi jujurnya makanan sini semua sedap2.
Katanya chef hotel yang masak di bahagian kitchen.
Yang duduk area berdekatan bolehlah try ya.
p/s: Katanya sekarang tengah renovate restoran kedua pula di Bandar Baru Uda. Wahhh...pantas gitu berkembang ya. Tahniah untuk rakan ayah damia.
No comments:
Post a Comment