Tuesday, April 8, 2014

Terima kasih warga Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru


Semuanya sporting-sporting..


Tak kira nurse-nurse..
Tak kira kakitangan kanan..
Tak kira kakitangan pengurusan..
Tak kira pesakit-pesakit..
Dan tak kira juga makcik-makcik yang jaga kebersihan hospital..
Semuanya best!


Booth CocoDamia antara yang mendapat perhatian ramai..


Sambutan amat mengalakkan..
Ada yang bertanya soalan kelas pertama..
Ada yang bertanya soalan kelas kedua..
Dan ada yang bertanya soalan biasa-biasa..


Masa tengahari saya datang restock stock Krukk Krakk, sempat lagi mendengar ceramah tentang "halalan thoyyiban".. Antara yang paling saya ingat ayatnya adalah "halal bukan sahaja dari segi produk, sumber tapi HALAL SIFAT pun perlu".. Bermaksud waktu kerja tak buat kerja lain.. Terutama curi2 guna kemudahan office utk tujuan business sendiri.


Kakitangan HSA JB


Aturan Allah dah cantik!
Booth CocoDamia betul2 depan stage org bagi ceramah


CocoDamia, halal suci dan bersih..


Masing2 bukan main lagi ya borong Krukk Krakk.


Sementara tunggu part-timer saya habis pameran dan jualan jam 5 petang, pergi makan kejap, pos CocoDamia utk stokis2 baru dan singgah solat di Masjid Abu Bakar.. Tempat persinggahan saya utk solat ni kalau ada urusan di JB.


Dan lepas Aleesya balik sekolah sampai rumah jam 7:45 malam, ayah damia pun habis kelas 8 malam, terus kami ke Batu Pahat pula ambil barang2 dan staff yang berkampung 4 hari disana sempena Road To MAHA..

Alhamdulillah..
Semuanya berjalan lancar dengan IzinNya..
Terima Kasih Ya Allah atas nikmat rezeki yang Engkau Limpahkan..

P/s: Jangan lupa kepada individu yang nak buat business, atau investor, atau supplier atau retailer produk CocoDamia, temui team CocoDamia di MIHAS KLCC bermula esok 9/4 hingga 12/4.. Insyallah yakin pada rezeki Allah..











Monday, April 7, 2014

Dapat duit geli-geli


Baru kejap tadi serah milik Ipad mini yang menang tempohari.

Btw buyer ni dah bayar separuh dah deposit masa haritu..

Ni tunggu gaji baru bayar penuh..

Alhamdulillah, dapatlah duit geli-geli..

Hajat dihati nak beli blink-blink geli-geli.. Aaamiin..

Rezeki saya pada kamu, rezeki kamu pada saya..

Murah lak tu saya jual..

Terima Kasih Ya Allah..

Terima kasih buyer..

P/s: Alhamdulillah.. Setakat ni urusan jual beli gadget kemenangan contest dipermudahkan. Pernah jual galaxy tab, mini ipad, lappy acer, dan apa lagi erkk...

Sunday, April 6, 2014

Serbuan luar biasa di Road To MAHA, Batu Pahat! Dan hari ini dihospital Sultanah Aminah pula!


Kelmarin hari jumaat, staff call utk restock   Krukk Krakk Choco Car dan tambah stok  untuk coklat IQ. Bukan sedikit tau team cocodamia bawa, sebab tau kalau event MAHA ni mesti ramai orang. Tapi tak sangka sambutan terhadap CocoDamia amat luar biasa.


Ni status saya hari jumaat haritu. Nampak tak kalau anak-anak cuti sekolah berlainan hari. Ada kekangan masa disitu. Kengkonon lepas Ayyunie balik sekolah terus nak gi Batu Pahat. Tapi kesiankan mereka penat dan siapkan dulu homework, tangguh pergi keesokan harinya.


Dalam jam 11 pagi lepas ayah damia siap buat artwork utk hantar printing event Mihas nanti, terus gerak ke Kampung Sungai Tiram ada jemputan kenduri kahwin oleh Puan Ruby yang banyak guide saya dalam CocoDamia dari Jabatan Pertanian. Sempat lagi salah seoranv pegawai kanan Jab Pertanian tarikh "Pertandingan Usahawan Siswazah" saya dah confirm. Ya Allah gap masa amatlah cepat iaitu balik dari event MIHAS. Semoga Allah permudahkan jalan saya utk pertandingan tersebut!


Lepas tu dan dan terus gerak ke Batu Pahat. Staff dah call dan sms banyak kalini bila stock nak sampai. Prospek dah ramai menunggu.


Dan anda tahu apa terjadi? Sampai sahaja stok, Masyallah.. Berpusu2 orang serbu! Nak cakap sesama sendiri dengan staff dan ayah damia pun tak sempat. Walhal sebelah2 je. Begitu besar KuasaMu Ya Allah. Nak menangis mengenangkan customer biasa dan jadi Raving Fan CocoDamia. Siap ada tu bawa anak kurang upaya lagi datang mengucapkan terima kasih kepada kami. Subhanallah..kami hanya bantu sahaja. Yang lain daripadaNya..


Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah...


Masa melepaskan penat kat tangga berdekatan, sempat lagi duta CocoDamia ni berposing sakan.


Tak sampai 2 jam kami restock, stok Krukk Krakk Sold out lagi. Dah macam event KUD kat Putrajaya dah ni! Lepas tu kami check in hotel kejap utk rehat, solat, mandi, tukar baju dan makan. Kesian kat anak-anak sebab seharian penat kan.


Lepas maghrib kami ke booth lagi!
Oh ya booth kami sebelah dengan DJ. Sama kes macam kat SDSI melaka tempohari. Siap ada clown lagi. Memang sambil anak2 beratur ambil belon, mak dan ayah anak2 tersebut beli CocoDamia. Cantik aturan Allah tu kan!


Ada persembahan silap mata lagi tu! Both Damias dan saya dah macam penonton VVIP sebab boleh duduk di kerusi kami je menonton! Dan COCODAMIA adalah penaja utama utk hadiah-hadiah games silap mata. Boleh tengok Video kat fanpages Coklat IQ. Tengok apa budak2 atas pentas buat dan sebut.


Posing jap dalam bilik.


Dan finally, tepat jam 10:20 malam kami pun balik JB. Sampai rumah jam 12 malam. Anak2 semua dah nyenyak tidur. Pagi2 ni dah kena bangun awal utk gi Ngaji.


Dan ni whatapps yang saya baru terima perkembangan terkini di Hospital. Masyalllah.. My part-timer staff happy sangat sebab nurse2 dan pesakit2 kat situ datang terjah booth CocoDamia. Ya booth CocoDamia yang menjadi tumpuan. Tak terkata-kata saya. 


Dan saya percaya semua semua semua ini adalah daripadaNya. Kami team CocoDamia waima saya dan ayah damia sendiri hanya perlu berusaha berusaha berusaha dan terus cekal supaya lebih dikenali dan sekaligus menambah nilai kepada masyarakat di luar sana.

Semoga Allah tunjukkan kami ke jalan yang lurus, landasan yang betul dan niat yang tidak terpesong. Aaamiiin..

P/s: Sebenarnya ada satu peristiwa aneh yang berlaku sebelum kejadian sambutan luar biasa ni terjadi. Bukan itu sahaja, penambahan stokis secara senang dan tiba-tiba juga berlaku dalam 2-3 hari yang sama ni. Ada ke yang nak tahu apa peristiwa tersebut? 















Friday, April 4, 2014

Berakhir sudah 3 hari bengkel RP..


Alhamdulillah, selesai sudah bengkel RP RBC bertempat di MPC Wilayah Selatan. Malam pertama balik tidur rumah, malam kedua baru tidur sana. Memang patutlah tidur sanakan. Sebab nak siapkan RP mengikut format yang tepat ada yang stay up dalam dewan sampai jam 2 pagi. Saya sampai 12 tengah malam je. Otak tepu beb! Lagilah nampak nilai wang sampai juta-juta. Fuhh!


Geng perempuan seramai 6 orang sahaja yang kekal dalam bengkel ni. Seorang lagi adik tu tolong amik gambar. Yang lain2 ada yang surrender malamnya dah balik tak datang. Ada juga bagi alasan tak leh bawa. Ada juga bagi alasan business tak sesuai. So balik. Dan ada juga usahawan lelaki yang balik sebab blurrr. Bagi saya memang agak susah buat RP ni. Tapi as long as you nak masuk pertandingan RP ni, please jangan mengaku kalah sebelum bertanding. Usahawan mesti berani mengambil risiko dan cekal.


Bilik yang disediakan. Mula2 bilik kami sempit dan tak berkemas. Lepas komplain kat orang kuat Kejora, baru kami disuruh tukar bilik yang besar ni. Toilet siap ada 2. Terima kasih Puan Safiah. You are the best!


Dan macam biasalah. Kalau gi kursus, tak makan 6 hari sekali tak sah! Terbaik sungguh makanan kat sini. Sedap sedap sedap. Please next time buat kursus kat sini lagi. Terbayang2 makanan dan kuih muih yang super duper best!


Yeayy! Usahawan yang menyertai RP RBC ni. Masing-masing terkesima masa saya keluarkan monopod saya ni. Haha.. Siap tanya "ni apa kak?".. Saya jawab ni nak sauk ikan dalam kolam pun boleh, nak kait buah rambutan pun boleh. Kikiki..


Selain dapat ilmu baru, dapat juga kawan2 baru. Jauh2 diaorg ni datang. Ada dtg dari Kota Tinggi. Ada dari Muar. Ada dari Batu Pahat. Ada bawah agensi Kejora. Ada bawah agensi Felcra. Ada bawah agensi Jabatan pertanian. Dan ada bawah agensi FAMA. Kagum sebab kami semua ada business sendiri yang bermula dari bawah!


Biasalah, layankan diaorg ni bermonopod!


Nak juga try test guna lens!

Apa-apa pun Syukur kerana banyak ilmu-ilmu berguna yang boleh dipraktikkan dalam business kami dengan bengkel ni. Fasilitator pun orang yang berpengalaman lama mengajar kami. Bukan on teori semata-mata. Tapi on realistic business.

Ya Allah Ya Tuhanku, Izinkan peserta-peserta yang menghadiri bengkel RP RBC di MPC pada 1-3 April 2014 berjaya memenangi geran sehingga maksimum RM2 juta. Terima Kasih Ya Allah.

Tiada yang mustahil. 
Kun Faya Kun!







Wednesday, April 2, 2014

Lari dari kursus!


Jeng jeng jeng!
Orang lain tidur sana, kecuali adalah beberapa orang yang balik sebab anak menyusu badan, ada yang tertinggal laptop dan lain-lain hal, saya pula balik sebab takut tidur dalam bilik sorang2.


Status malam tadi!
Kete dan barang2 serta luggage tinggal. 
Malas nak drive sorang2 tengah malam. So call ayah damia ambil saya. Kesian anak-anak semua dah tertidur dalam kereta. Nak ajak ayah damia dan anak2 teman saya tidur kat bilik, both Damias cakap tak best tak ada swimming pool. Ayah damia pula super duper sibuk. 

Tapi ada hikmah juga balik rumah malam tadi. Boleh basuh baju, boleh ironkan baju anak2 sekolah, pagini seawal pagi sempat ajar Aleesya buat homework bahasa cina. Ya lah ayahnya mana pandai bahasa cina kan. 

Terima kasih anak2 dan abang. Seawal pagi dah hantar ke MPC. Kesian anak2 bangun awal pagi. Lepas ni diaorg breakfast dan terus gi ngaji.

Ok lah stop sini dulu. Fasilitator dah masuk! Fokus fokus!

P/s: Dah deal ngan akak usahawan sorang ni, malam ni kami tidur sama2. Tak leh balik rumah ah, tugasan tak siap nanti sebab sibuk buat kerja rumah pulak. Hiks.

Tuesday, April 1, 2014

Bermonopod di bangunan Merah, Melaka


Check out dari Bayou Lagoon Resort, terus ke bazaar Melaka yang depan Kapal Perang besar tu. Ni buat cenderahati untuk Aleesya. Yang cenderahati kami tempah utk students buat kat atas. Beza harga Jauh jimat tempah yang kat atas tu. Beza 50% tau.


Sementara tunggu cenderahati kami yang banyak tu siap, naik beca pusing2 Melaka.


Both Damias lah happy naik beca ni walaupun ini bukan pertama kali mereka naik beca.


Selfie 1

Selfie 2


Lepas tu pit stop kat Bangunan merah. 
Family selfie di tepi jalan.
Sudahnya ramai yang bawa kereta perlahankan kereta mereka siap buka cermin kereta tunjuk ibu jari "best".. Dah macam retis kami kat situ..


Couple selfie


Family selfie 2


Family selfie 3


Family selfie 4


Family selfie 5


Family selfie 6


Sempat lagi updated status promote siapa yang jual Monopod tu silalah jual kat sini!


Otw balik JB, couple selfie lagi.. Hiks


Bukan main lagi kan kami berdua.. Hihi..
Kasi chance lah saya utilised monopod, shutter dan lens tu semaksimum mungkin..

Yanv benar,
 Saya yang tak suka selfie sorang2!

P/s: Nak amik Ayyunie balik sekolah lah pulak. See, kerana dia sekolah harini, tak dapat kami sefamily nak ke Road To MAHA di Batu Pahat. Jumpa team CocoDamia di sana ya!