Tuesday, March 10, 2020

Birkershire Whole Fruit Slow Juicer


Apa beza slow juicer dengan fast juicer atau blender2 juice yang lain?
Bezanya adalah slow juicer ni memerah juice dari buah tanpa menggunakan bilah pisau macam blender2 juice lain. Dan slow juicer ni hanya ekstrak juice dari dalam buah sahaja.  

Slow juicer ni bagus sebab nutrisi buah dari slow juicer ni lagi senang diserap oleh badan kita. So kesannya kulit dan badan kita akan lebih cepat terima vitamin atau nutrisi dari buah2 atau sayur2 tersebut. Bukan sahaja sihat, malah kulit pun makin cantik. InsyaAllah..

Dan yang paling senang sekali, kalau beli whole fruit slow juicer ni, dah jimat masa nak potong2 buah/sayur dan jimat masa dah nak basuh2 pisau dan alas pemotong. Just basuh buah dan masukkan terus dalam slow juicer sahaja. Tapi kalau diameter buah tu terlebih besar, tetap kena potong juga untuk memudahkan lagi proses memerah juice tu.

Saya kalau tak minum juice pagi2, pasti akan minum juice malam2. 
Kesannya juga pagi2 esok saya akan membuang. Kiranya macam detox lah kan.
Kalau tak 3 hari sekali baru membuang...ngeh ngeh..

Oklah, tu sedikit perkongsian dari saya since ada yang tanya best ke tak guna slow juicer ni, nampak mudah, senang ke nak basuh, brand apa kak ayu beli, bla bla bla..
Harap memberi manfaat kepada yang ingin tahu..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: