Monday, March 30, 2020

Selamat Hari Jadi yang ke 11 tahun Ayyunie

30/03/09 - 30/03/20
Genap usia Ayyunie 11 tahun harini.

Selamat Hari Jadi yang ke 11 adik Damia Ayyunie.
Dah ada Daim pun, tapi panggilan adik tu tetap lekat sampai sekarang 😀.

Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan, kita tetap boleh raikan dengan cara sederhana dan cara kita. Janji kita happy happy dan ada memori.

Harini ibu masak makanan feveret adik, Nasi ayam penyet. Kita order sate, dia order nasi ayam penyet, kita order western food, dia order nasi ayam penyet, kita order makanan tu ni, dia tetap dengan nasi ayam penyet. Puas hati dia harini dapat makan Nasi Ayam Penyet 👏👏.

Tq ketua keluarga gi beli kek dan pizza demi untuk happy kan anak3. Semoga adik jadi anak yang solehah dan berjaya dalam dunia akhirat.

Yang penting kami semua #stayathome

 #damiaayyunie
#11thbirthday

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, March 27, 2020

Resepi agar-agar gula melaka

Tak ada bazar ramadhan akan diadakan sebab covid19 ni?
Tak pe tak pe..
Masa perintah kawalan pergerakan ni lah mak-mak boleh praktis masak kuih2, lauk2, atau aneka nasi favourite suami dan anak2 kan. Banyak masa terluang tu. 28 hari boleh praktis masa #stayathome. Tapi ikut kemampuan dan keupayaan masing2 lah.

Ni kuih favourite keluarga saya time ramadhan. Memang biasa buat sendiri pun agar2 gula melaka ni sebab senang je pun. Tapi nikmat dapat makan sejuk2 time berbuka, fuhhh..

 Ok bagi sesiapa yang nak try resepi ni, bolehlah cuba. 
Saya halalkan semua resepi2 yang saya share. 
Saya pun bukanlah terror memasak sangat pun, tapi practice make perfect sebab hobi.... 

Bahan2nya:
1 ketul gula melaka
1 liter air
1 peket serbuk agar2 10g
1 biji telur
1/4 cawan gula
100ml santan kotak
Sedikit garam
Daun pandan disimpul

Cara2nya:
1. Masak gula melaka, air, gula, garam, serbuk agar2 dan daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam mangkuk lain, kacau/godak santan dan telur sehingga sebati.
3. Kemudian tuangkan santan dan telur tadi kedalam periuk yang berisi air gula melaka perlahan2 sambil kacau cepat2 untuk elakkan telur dan santan tadi berketul. Pastikan api besar ya.
4. Dah siap, tutup api. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan tunggu sehingga sejuk. Masukkan dulu dalam peti ais, baru chill chill makan . 

Selamat mencuba.

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, March 26, 2020

Guna lampin buat mask sementara pun boleh..

Akhirnya selepas 8 hari tak jejakkan kaki keluar rumah, semalam terpaksa keluar juga ke office2 (utk ambil punch card pengiraan OT, ambil bil2 utiliti, ambil surat2 yang sampai, ambil data2 tempahan edutour sepanjang april, ambil invoice2 yang dah buat bayaran deposit and so on) sebaik sahaja PM umumkan PKP extend lagi 14 hari. 

Mask dah habis kat rumah, so yang terlintas dengan masa yang singkat tu adalah guna lampin yang dari zaman anak sulung, anak kedua dan sampailah zaman Daim. Hihi. Janji bersih kan 😊. Lampin tu buatlah lipatan segitiga, pastu lipat2 lagi sampai pendek, ikat siap2 kat kepala, then baru pakai tudung. Kemas pun kemas. Tapi rimas panas sikit sebab tebalkan.

Nasib baik lah sampai2 je office ada stok mask 3 layer lagi, stok sarung tangan dan hand sanitizer botol 1liter. Sebab mana2 tempat pemprosesan makanan memang memerlukan SOP barang2 ni dari dulu lagi. Ok rembat bawa balik rumah 😀.

 Sambil2 tu sempat juga ke Pasaraya Maslee belakang office untuk stock up barang2 dapur yang dah habis. Seronok tak terkata dapat beli sendiri barang2 nak dibeli tapi dalam masa yang sama paranoid pun ada 😁. So korang kalau tak ada apa2 kepentingan, just STAY AT HOME ok! Sebab kita je yang paranoid, tapi masih ada insan3 lain yang buat donno tak pakai mask, tak kisah sosial distance siap tanya saya lagi semalam "akak, kena beratur ya" 🤦‍♀️. YA DIK, BERATUR KAT GARISAN MERAH TU!

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, March 22, 2020

Langkah selepas pulang beli barang untuk cegah Covid19

Tak payah nak keluar rumah tanpa sebab2 mustahak. Kalau nak beli barang2 keperluan asas pun, biar ketua keluarga seorang je yang pergi. Dan amalkan langkah2 pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Sebelum ayahnya balik, dah halau anak3 ni semua naik atas. Jangan turun selagi ibu tak suruh turun.

Ayahnya balik pula, buang sarung tangan dan face mask tu siap2 dalam plastik kat tong sampah luar. Basuh tangan dengan sabun kat luar. Masuk rumah terus pergi tandas mandi dan rendam pakaian dalam sabun. Dah siap, baru panggil anak2 turun ke bawah.

Tu tak masuk nak sanitized dan lap barang2 dapur kering pula. Barang2 basah basuh siap2. Sayur2 dan buah2 rendam dalam air garam dulu.

Tapi ayahnya bagitau, ada juga yang degil buat donno je gi kedai Acheh selsema tak pakai face mask, tak pakai sarung tangan dan yang lagi kronik bawa anak2 kecik naik motor. Adoiii..kenapa susah sangat nak dengar arahan dan jaga keselamatan ni..

Semoga ketua2 keluarga kita semua dilindungi olehNya.

#covid19
#perintahkawalanpergerakan
#velocifero

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, March 19, 2020

Resepi Burnt Cheese Cake Air Fryer

Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (18/3/2020)...
Asyik ibu je ulang alik ulang alik masuk dapur patpuluhnam kali..
Mujur ada anak2 dara (terutama Aleesya) yang willing nak tolong juga kat dapur.
(Tak nak tolong pun, ibu paksa juga tolong ) .

So here we go our first trial Burnt Cheese Cake guna air fryer. 
Dan lama plan nak buat cake ni, finally masa cuti berkurung ni juga yang sempat buat dengan tenang. Tenang is good. 

Yang nak try buat, boleh guna resepi ni.

Bahan2nya;
250g Cream cheese
125ml Whipping cream
80g Gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil Essence vanilla
2 sudu besar Tepung gandum

Cara2nya:
1. Mula2 pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan whipping cream pukul hingga kembang lagi.
3. Masukkan telur dan pukul perlahan2 lagi hingga sebati.
4. Masukkan essence vanilla.
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.

Saya alas loyang 2 layer ya dengan kertas minyak..

Bakar dalam air fryer dengan suhu 180' selama 20 minit. Kemudian untuk lebih 'burnt' lagi, bakar pada suhu 200' selama 10 minit pula.

Taraaaa..dah siap..
Nak tahu kek dah masak ke belum, boleh cucuk dengan lidi dulu tengok lekat tak kek tu kat lidi.
Kalau tak lekat, dah masak lah tu..

Tips..
Jangan potong kek time panas2.
Biar suam2 dulu, kemudian masukkan dalam peti ais dalam 30 minit.
Makan cheese cake time chill2 baru sedap.

Selamat mencuba!

p/s: Ada 13 hari lagi berkurung kat rumah ni dan 13 hari juga kena dikir menu apa untuk 4-6 meals setiap hari...bertabahlah kaum2 ibu dan mak2 semua...ngeh ngeh...

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, March 10, 2020

Birkershire Whole Fruit Slow Juicer

Apa beza slow juicer dengan fast juicer atau blender2 juice yang lain?
Bezanya adalah slow juicer ni memerah juice dari buah tanpa menggunakan bilah pisau macam blender2 juice lain. Dan slow juicer ni hanya ekstrak juice dari dalam buah sahaja.  

Slow juicer ni bagus sebab nutrisi buah dari slow juicer ni lagi senang diserap oleh badan kita. So kesannya kulit dan badan kita akan lebih cepat terima vitamin atau nutrisi dari buah2 atau sayur2 tersebut. Bukan sahaja sihat, malah kulit pun makin cantik. InsyaAllah..

Dan yang paling senang sekali, kalau beli whole fruit slow juicer ni, dah jimat masa nak potong2 buah/sayur dan jimat masa dah nak basuh2 pisau dan alas pemotong. Just basuh buah dan masukkan terus dalam slow juicer sahaja. Tapi kalau diameter buah tu terlebih besar, tetap kena potong juga untuk memudahkan lagi proses memerah juice tu.

Saya kalau tak minum juice pagi2, pasti akan minum juice malam2. 
Kesannya juga pagi2 esok saya akan membuang. Kiranya macam detox lah kan.
Kalau tak 3 hari sekali baru membuang...ngeh ngeh..

Oklah, tu sedikit perkongsian dari saya since ada yang tanya best ke tak guna slow juicer ni, nampak mudah, senang ke nak basuh, brand apa kak ayu beli, bla bla bla..
Harap memberi manfaat kepada yang ingin tahu..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, March 9, 2020

Happy Birthday Our Hero & Our Imam

Selamat Ulangtahun kelahiran suamiku...
Sedar tak sedar, tahun ni dah masuk angka 4 series dah..
Dengar angka tu bunyi macam dah tua, tapi hopefully jiwa dan tenaga masih muda ya bang..

Tak lengkap setiap momen gambar tanpa 1 keluarga..
Daim notty nak tiup lilin pula..

Semoga panjang umur, diperluaskan lagi lubuk rezeki, 
mendapat kesihatan yang optimum, mencapai kejayaan dalam business2 serta 
dilimpahi kasih sayang dari semua.

Tq Dadeecool_partyshop for the suprise delivery.

Fruitty Sweety..

Allah selamatkan kamu suamiku..

Tq Allah for the amazing husband..

Dan ayah yang baik untuk anak3 kami.

Semoga abang panjang umur lagi untuk sama2 melihat anak2 kita membesar..
Aaaamin..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, March 4, 2020

Resepi Nasi Air Kelate

Orang Kelantan panggil Nasi Air..
Tapi Orang JB panggil bubur nasi...

Dan yang pasti condiments kedua-dua antara Nasi Air dan Bubur Nasi berbeza2...
Nasi Air makan dengan kuah sup, isi daging/ayam, ikan bilis, air lada, lada jeruk, minyak bawang putih dan nak lagi special, masukkan telur masak separuh.
Manakala bubur nasi pula selalunya dimakan dengan kangkung goren belacan, telur masin, ikan bilis goreng cili, kacang goreng, lobak masin dan lain2.

Meh lah tengok resepi Nasi Air cara saya ni..

Kuah Sup
Tumbuk bawang putih, halia, dan serai.
Rebus bersama daging sehingga empuk
Masukkan Akar Daun ketumbar dan sup bunjut sekali.
Bila dah empuk, masukkan sos ikan, kicap manis, kiub pati ayam dan sedikit jus limau.
Perasakan dengan garam, gula dan sedikit aji.
Siap.

Nasi bubur
Untuk nasi bubur pula, bukanlah nasi bubur yang berair tu tau. Tapi nasi yang dimasak lembik.
Saya masak dalam pressure cooker dengan setting porridge selama 25 minit.
Cantik kejadian nasi lembiknya.

Air lada
Kisarkan cilipadi, cili besar merah, sedikit air masak, cuka, bawang putih yang dibakar, garam, gula dan aji sehingga halus. Lagi lama lagi sedap tau air lada ni.

Minyak bawang putih
Cincang halus2 bawang putih, kemudian goreng dalam sedikit minyak dengan api yang perlahan sehingga bawang putih berwarna perang dan berbau wangi.

Condiments lain yang menyedapkan lagi Nasi Air Kelate ni..
Ikan bilis goreng, isi daging yang dipotong halus, daun ketumbar, kangkung celur, limau nipis, lada sulah dan kalau ada lada jeruk pun ok. Tapi saya dan anak2 tak suka.

So, dah tahu resepinya ni, selamat mencuba!